Kopiah Ramadhan 1434

Posted by

Salam Ramadhan Karim..

Alhamdulilah, kesemua tempahan kopiah raya telah dapat disiapkan.. Niat dihati nak close order sepanjang bulan Ramadhan, tetapi tak dapat dilaksanakan sepenuhnya.. Jauh disudut hati tetap terdapat sedikit penyesalan kerana kurang dapat memberi sepenuh perhatian kepada ibadah bulan Ramadhan tahun ni, dan kurang juga dari aspek persiapan diri menyambut kedatangan Ramadhan berbanding tahun lepas.. Banyak order yang terpaksa ditolak demi untuk melaksanakan niat untuk tidak berniaga dibulan.. Bukan wang ringgit yang hendak dikejar dibulan yang mulia bulan Ramadhan ini, tetapi peluang beribadah dan ganjaran-ganjaran yang diberikan, dan juga dikuatiri mungkin juga Ramadhan ini  Ramadhan terakhir untuk beribadah di bulan mulia ini.. Tiada siapa yang tahu samada kita akan bertemu lagi ataupun tidak pada tahun hadapan.

Insya Allah, berbaki beberapa hari sebelum berakhirnya Ramadhan ini akan digunakan sebaik yang mungkin. Semoga segala amal ibadah dibulan Ramadhan ini diterima dan mendapat Redha Allah SWT.

Antara kopiah Ramadhan tahun ni.
Bagi yang berminat untuk tempahan boleh hubungi cik izan di sini => Lady Krafts





Blog, Updated at: Sunday, July 28, 2013

2 comments:

  1. Klu nak order lg bole ker??baper harga??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nawal, kalau nak order boleh je bila2.. harga RM18 (0-18 inci), RM23 (19-21 inci) n RM28 (22 inci ke atas)..

      Delete