Sepetang Bersama

Posted by

Salam Ramadhan..
Bismillahirahmanirahim..

Hampir dua minggu kita berpuasa dan hampir dua minggu jugak aku berada di bumi Makmur.. Kalau sebelum ni puasa bersama keluarga, tapi tahun ni puasa bersendirian di bumi yang asing.. Walaubagaimanapun syukur Alhamdulilah atas rezeki kurniaan Allah swt ini.. Tak sabar rasanya nak balik kampung beraya..hihi

Ramadhan tahun ni agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas. Pertama sebab tahun ini Ramadhan disambut tanpa ayah tercinta di sisi..semoga ayah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Kedua, Alhamdulilah rezeki Ramadhan dapat tawaran kerja. Ketiga, Alhamdulilah rezeki Ramadhan juga, akak telah selamat ditunangkan selepas selesai solat terawih dengan majlis ala kadar, semoga jodoh kalian kekal hingga ke syurga.. Rasa bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah ini, walaupun kegembiraan ini tidak dapat dikongsi bersama ayah.


-Selamat Beramal dan Beribadah -



Blog, Updated at: Tuesday, July 23, 2013

0 comments:

Post a Comment