DIY Lampu Hiasan atau Bola Benang

Posted by

Assalamualaikum & hai semua..

Harini izan nak share cara buat lampu hiasa sendiri atau lampu tidur.  Mudah dan senang je. 

Barang yang diperlukan:
1. Benang
2. Bola
3. Gam
4. Set Lampu (mentol, wayar, plug & stand lampu) 
takde dalam gambar
5. Spray Transparent (optional)


 Step pertama, tuang gam dalam bekas mangkuk. Sebelum tu alas lah dulu lantai tu dengan kertas atau surat kabar lama tuk elak gam menitik-nitik kat lantai.  Bila dah tuang gam dalam mangkuk, kemudian rendam benang ke dalam gam tadi. 

Lepas dah rendam benang dalam gam, lilit benang pada bola. Kalau nak guna belon pun boleh cuma agak berisiko sikit. Takut-takut belon kempis atau meletop sebelum gam pada benang tu kering. Guna bola lebih selamat. Kalau nak lampu yang besar, beli bola yang agak besar. Kalau nak lampu kecil, beli bola yang kecil sedikit saiznya. Bola yang izan guna ni saiz sederhana. 

Masa melilit benang pada bola jangan lupa buat bulatan kecil untuk masuk kan mentol nanti. Jangan tutup semua permukaan bola tu dengan benang. Kalau dah tutup semua, nak masukkan mentol kat mana pulak nanti kan.


Ini hasilnya setelah benang dililit pada bola. Hujung benang selit je di antara celah-celah benang. Bila dah siap, izan letak atas gelas untuk keringkan gam. Nak cepat kering boleh jemur kat luar rumah. Kalau nak keringkan guna hair dryer boleh jugak rasanya. Jemur kat luar takut kena tiup angin jatuh kat tanah kotor pulak nanti. Bila dah kering boleh spray bagi nampak kilat. Kalau tak nak spray pun boleh. Lampu ni buat hiasan kat pelamin pun cantik. Diingatkan, lampu ni tak boleh kena air tau sebab kita guna gam. Rosak lah kalau kena air.

Bila spray pun dah kering, boleh lah keluarkan bola dari benang. Caranya senang je. Ambil jarum dah cocok. Bila bola dah kempis, perlahan-lahan keluarkan bola dari lubang yang kita buat tuk masukkan mentol tu. 


Last sekali, masukkan set lampu kat dalam bola benang kita tu tadi. Macamni lah hasilnya. Cantik kan. Izan guna mentol warna kuning, Takde lah terang sangat sebab nak guna tuk tido. Romantik gitu kan. hihi. Ok, selamat mencuba. Kalau ada yang try buat nanti, share lah hasilnya dengan izan ye.


Bola Benang






Blog, Updated at: Wednesday, July 12, 2017

2 comments: