Service Gunting Rambut Muslimah di Rumah

Posted by

Assalamualaikum semua..

Dah sebulan lebih tak ber update blog ni.. what news?? 

Sana sini kecoh pasah GST yang baru bermula awal bulan 4 aritu kan, kecoh pasal beli topup kena cas 6%.. memang tak boleh buat apa.. nak tak nak telan je lah.. izan bukan nak cerita pasal GST tapi nak cerita pasal service gunting rambut muslimah di rumah ni..

Alhamdulillah, sekarang di bandar-bandar kita boleh lihat dah wujudnya salon-salon muslimah khusus untuk wanita yang bertudung contohnya Salon Siti Azahrah.. siapa yang dah pernah pergi salon siti ni memang akan bagi 5 bintang punya.. izan dah pergi? of course lah belum..haha.. tak kan lah dari Muar pergi ke Bangi semata-mata nak gunting rambut.. memang tak lah kan..

Berdekatan area izan ni pun dah ada salon gunting rambut muslimah.. itu pun izan tak pernah jejak kaki lagi.. biasa gunting sendiri je rambut kat rumah.. kalau dulu gunting kat kedai amoi.. sekarang tak nak dah lah pergi kedai amoi.. bukan tak nak pergi gunting kat salon muslimah tu tapi macam not really "tertutup" salon tu.. pertama sebab pintu salon tu bukan cermin gelap.. kang orang keluar masuk keluar masuk salon tu nampak pulak rambut aku yang cantik ni..haha.. tapi tak tahu lah kan kalau mereka gunting rambut dalam bilik.. maybe one day kita akan terjah tengok service salon tu macamna.. 

Gunting Rambut Muslimah, Hair Style
One Length Style Hair Cut

Izan berhajat, kalau Allah izinkan, izan nak tawarkan service gunting rambut muslimah di rumah.. doa-doakan lah ye.. baru-baru ni izan ada ikuti kursus gunting rambut wanita.. boleh tahan fun.. student pun tak ramai.. balik dari kursus sakit tengkuk dibuatnya..haha.. bukan mudah nak gunting sebenarnya.. tapi takde lah susah mana pun.. habis kursus dah boleh dah gunting rambut orang..  Next, ingat nak ambil kursus wash & blow.. dah gunting rambut tak kan tak blow pulak kan.. tapi biasanya kedai-kedai amoi kat kampung diorang tak blow pun.. abis gunting terus bayar.. blow mungkin lain harga kot.. lagi satu amoi tak berapa nak spray rambut dengan air, jadi tak basah tak perlu lah nak blow.. membazir karen je.. dah lah sekarang ni karen ada GST.. sabo je lah..




Nurizan Ahmad
013-6783854
Shaklee Independent Distributor


Blog, Updated at: Wednesday, April 15, 2015

5 comments:

  1. Wah.. Bgus kalau ada perkhidmatan tu.

    ReplyDelete
  2. kan..mudah kan..kat rumah lebih selesa..tinggal bayar je..

    ReplyDelete
  3. Sis ~ boleh tau salon muslimah at muar kat mane ye ??

    ReplyDelete
  4. salam...

    bagusnye dpt belajar kemahiran potong rambut.

    sy failed bab2 rambut ni.. huhu

    ReplyDelete