Mee Siput BIG

Posted by

Orang Johor kalau tak kenal mee siput tu bukan orang Johor namanya.

Walaupun Malaysia ni tak besar mana, tapi masih ramai orang Malaysia yang tak kenal makanan tradisi yang cukup femos amos di Johor terutama di Muar iaitu Mee Siput.. Sesetengah orang panggil mee sanggul.. Mee ni diberi nama mee siput dan juga mee sanggul kerana rupa parasnya seakan-akan sanggul dan juga siput.. orang dulu-dulu biasalah kan berambut panjang dan bersanggul..


Dihasilkan dari campuran tepung gandum dan tepung sagu membuatkan mee siput ni rangup apabila digoreng.. kalau beli mee siput goreng tapi tak rangup maknanya kurang tepung sagu lah tu.. kalau terlampau rangup terlebih sangat tepung sagu.. Dimakan dan dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal kicap memang best, terbaik sedap.. ada juga sesetengah orang yang makan dengan sos.. ikut lah selera tekak masing-masing.. dan lagi satu mee ni kering, so boleh simpan lama dalam kabinet dapur macam simpan spageti.. bagi yang tak suka makan mee kuning atau mee besar sebab ada rasa kapur, boleh gantikan guna mee siput ni.. cara masak sama macam masak spageti..


Mee Siput, Mee Sanggul

Nurees Enterprise salah satu pengusaha mee siput di Johor.. Mee Siput BIG ni merupakan mee siput bersaiz besar yang dikeluarkan.. kalau biasa makan 2 keping saiz biasa, tapi yang BIG ni makan sekeping cukup.. dan yang penting mee siput keluaran Nurees Enterprise ni rangup dan tak keras.

Bagi yang nak cuma rasa atau dah rasa dan nak rasa lagi boleh dapatkan mee siput ni di SINI





Blog, Updated at: Monday, February 09, 2015

1 comments:

  1. saya orang johor, dah lama juga x makan mee siput nih, buatkan saya teringat balik

    ReplyDelete