Menjemput Imam ku

Posted by

Salam and hai semua.. petang ni bukan nak bercerita kelebihan vitamin.. tak tahu nak mula macamana, tapi apa yang pasti hati ini terusik dengan keadaan persekitaran yang sedang dilalui sekarang.. I'm not a good person, but I try to be a good person.. and I hope I will meet a good person to be my Imam..

Bukan nak bercerita tentang jodoh di sini, tetapi lebih kepada bagaimana kita sebagai umat Islam melaksanakan tanggungjawab kepada perintah Allah.. Apa yang izan lalui sekarang, kadang-kala rasa kurang selesa berada di sini.. Semua orang ingin melaksanakan tugas kerja dengan baik, berikan sepenuh masa dan tenaga untuk laksanakan tugasan yang diberi, memberikan sepenuh masa untuk memenuhi keperluan diri makan dan minum.. tetapi kita sering mengabaikan tanggungjawab perintah Allah apabila azan berkumandang mengajak mendirikan solat.. kita sering memperlewat-lewatkan perintah Allah untuk mendirikan solat.. Sebaik-baik tempat solat bagi seorang lelaki adalah di tempat azan diazankan iaitu dimasjid.. tetapi berapa ramai lelaki diluar sana yang mampu menunaikan solat di masjid..

Bagaimana pula dengan wanita?. berapa ramai wanita yang mengerjakan solat diawal waktu?. hati ini memberontak tatkala melihat rakan-rakan memperlewatkan solat sehingga saat-saat terakhir.. aku juga insan biasa yang melalukan dosa.. terasa kerdilnya diri ini apabila tidak mampu berbuat apa-apa dengan keadaan, tidak mampu bersuara, tidak mampu mengubah dengan tangan.. hanya mampu membenci dengan hati.. Ampunkan dosa ku ya Allah.. sedih dan pilu memerhati jejaka-jejaka yang diamanahkan sebagai imam mempunyai banyak masa bersembang di cafe-cafe dengan memperlewatkan waktu solat.. tidak kah terasa sedikit bersalah di hati mereka.. Allah memberikan secukupnya nikmat untuk dirasai dan dinikmati, tetapi apakah balasan yang kita berikan kepada Allah tanda kita mensyukuri nikmatnya..

Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa kami yang sering leka dan lalai dengan mengingati dunia melebihi kami mengingati diri Mu ya Allah.. Berikan lah kami Hidayah Mu ya Allah..


Insan Hina..




Blog, Updated at: Monday, March 10, 2014

4 comments:

  1. sama-sama kita membaiki diri kak.. terima kasih peringatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah yang terbaik sentiasa cuba memperbaiki diri :)

      Delete
  2. Tidak dinafikan..semua orang nak buat yang terbaik..tapi kadang-kadang tu kita kena akur juga dengan kelemahan diri sendiri..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang ada kelemahan..tetapi jangan sampai kelemahan merosak diri..bahaya tu..

      Delete