Salam semua..
Post kali ni nak kongsi masakkan tomyam putih.. First time buat ni.. Biase masak tomyam merah ttu.. Disebabkan tak ade pes tomyam kat umah and kebetulan banyak pulak sayur-sayuran kat umah, so decide tuk masak tomyam putih..
Bahan-bahan yang digunakan adalah:
- beberape ketul ayam
- daun limau purut (petik kat pokok depan umah)
- bawang putih
- bawang merah
- halia
- tomato
- limau nipis
- sayur-sayuran
- garam and serbuk perase
- cili
- air secukup nye
macamne nak masak nye:
- masukkan air ke dalam periuk dan didihkan di atas api yang sederhana, kemudian masukkan la bawang putih, bawang merah, halia dan lada..bahan-bahan ni nak blend boleh nak potong-potong je pun boleh..kemudian masukkan ayam dan tomato..setelah ayam hampir masak masukan sayur-sayuran korang, air limau nipis dan daun limau purut..apabila ayam sudah masak and sayur-sayuran pun dan masak and kuah dah mendidik matikan api dan boleh dihidang.. Haa..jangan lupe masukkan garam and serbuk perase kalo suke.. Kang tawar pulak tomyam tu..
Selamat mencube..
Sekian..
0 comments:
Post a Comment