Rounding Adjustment: Kesan Kepada Pengguna

Posted by

Assalamualaikum semua..

Rounding Adjustment konsep "Jimat dan Senang Kira".. Setuju??.. Sejak perlaksanaan GST, makin terasa kesan penggunaan rounding adjustment.. lagi-lagi bila round up lebih banyak dari round down.. nilainya nampak kecil setakat 1 ke 2 sen..tapi nilai yang kecil ni boleh jadi menggunung bila dikumpulkan.. Eeh, ada yang tak tahu ke rounding adjustment tu apa dia??



Rounding Adjustment ni dah lama diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia sejak tahun 2008.. Tahun 2015, dah 7 tahun perlaksanaan Mekanisma Penggenapan ni di Malaysia.. Dikatanya perlaksanaan rounding adjustment memberi manfaat kepada banyak "pihak" dan juga menyurangkan kos pengeluaran wang syiling 1 sen.. kalau kita tengok sekarang, dah jarang jumpa wang syiling 1 sen kan.. tapi nilai 1 sen masih sah diperlakukan, so kalau ada 1 sen jangan ler buang pulak ye.. laku tau duit 1 sen ni.. 


Macamana pengiraan Rounding Adjustment dilakukan?

Korang boleh tengok yang mana satu round up dan yang mana round down kat jadual atas tu.. Jumlah keseluruhan bil (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen terdekat dan 3, 4, 8 dan 9 sen dinaikkan kepada 5 sen terdekat.. Mungkin ada orang yang tak ambil kesah pun pasal rounding adjustment ni.. tapi izan kesah.. terpulang pada pandangan masing-masing kan.. Belanja arini je duit izan dah dicuri secara paksa rela sebanyak 7 sen kesan daripada rounding adjustment.. Ini lah yang dikatakan "Jimat dan Senang Kira"..huhu.. lagi banyak korang berbelaja, lagi banyak resit yang korang dapat, lagi banyak lah duit korang mungkin akan di "curi".. nasib lah, kalau jumlah tu round down untunglah sikit, tapi kalau banyak yang round up rugi lah korang..


Haaa.. izan nak tunjuk sikit kat korang apa yang berlaku kepada harga perkhidmatan Pos Laju.. pos barang guna Pos Laju harga selepas GST adalah tetap tak berubah.. harga untuk barang 500g tetap sama RM5.95.. tapi kenapa jadual kat bawah ni terdapat perbezaan harga untuk jumlah barang 2 ke atas?? 
Perbezaan harga Perkhidmatan Pos Laju selepas Adjustment 

Ni lah nak tunjuk kesan penggunaan resit GST dan rounding adjustment.. Sebelum perlaksanaan GST, pos barang seberat 500g perlu bayar sebanyak RM5.97, after adjustment RM5.95.. masa ni belum guna resit, jumlah perlu bayar print out pada borang pos laju tu je.. kalau korang pos 2 barang, staf pos laju tu akan tekan calculator RM5.95x2=RM11.90.. Sekarang kalau korang pos 2 barang yang beratnya 500g, korang akan dapat resit yang panjang lebar macam kat bawah ni.. yang buatkan harga ni berubah sebab komputer automatik kira RM5.97x2=RM11.94, after rounding jadilah RM11.95.. betul lah pengiraan tu, tak ada yang salah pun.. yang salah adalah?? korang jawap lah sendiri..



Nampak kan harga tu dah berbeza.. untung lah Pos Laju.. tak sia-sia kerajaan suruh print out resit .. lagi untung kira guna komputer dari kira guna calculator.. 





Blog, Updated at: Monday, April 20, 2015

0 comments:

Post a Comment