Salam..
Kehidupan sebagai seorang remaja bergitu banyak cabarannya.. Kesemua cabaran terpaksa dilalui dan ditangani dengan bijak agar tidak tersilap langkah dan menyesal kelak..
Mesti ramai remaja di luar sane yang alpa dengan kehidupan masing-masing, berseronok, bersuka ria bersame teman dan rakan-rakan.. Sebagai insan yang pernah melalui zaman remaja, ku akui pengaruh kawan merupakan cabaran yang paling besar sebagai seorang remaja.. Kawan-kawan mampu mempengaruhi kite dari segi pergaulan, percakapan, pemikiran, penampilan dan juga tindakan kite.. Walaupun dibekalkan dengan ilmu agama, kuatnye pengaruh kawan mampu mengubah segalanye.. Oleh sebab itu berhati-hati lah dalam memilih kawan.. Jangan sampai kite tersilap memilih kawan yang kelak akan membinasakan diri kite sendiri.. Pesan Rasulullah "Jika ingin mengenali seseorang, lihatlah siapa kawannya"
Berkawan lah dengan orang yang boleh menegur kesilapan kite, berkawan la dengan orang yang boleh menasihati kite, berkawan lah dengan orang yang menjaga agamanye, berkawan lah dengan orang yang boleh menjaga maruah dan aib kawan-kawannya, berkawan lah dengan orang yang boleh mengajak kepada kebaikan dan jauhi lah sahabat yang mengajak kepada kemungkaran dan kemaksiatan..
Jika hari ini kite telah tersilap memilih kawan, itu tidak bermakna kite tidak boleh berubah menjadi baik, tidak bermakna kite tidak layak berkawan dengan orang yang baik-baik, tidak bermakna kite akan terus berada di dunia kemaksiatan dan kemungkaran.. Selagi jasad dikandung nyawa, kite masih berkesempatan untuk bertaubat, berubah menyesali setiap dosa-dosa yang telah kita lakukan..
Naluri seorang remaja yang sedang meningkat usia sering menginginkan disayangi dan menyayangi.. Disebabkan naluri itu, ramai remaja yang lupe batasan, leka dibuai perasaan sayang dan rindu sehingga mengetepikan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.. Andai kita pernah terleka, segera lah sedar dan bertaubat kerana ajal maut tidak mengira usia muda mahupun tua..
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa silam ku agar aku tidak dibuai dengan perasaan bersalah dan berdosa dengan segala perbuatan dan keterlanjuranku Ya Allah.. Berikan lah ketenangan dalam jiwaku, Kau ketemukan lah aku dengan orang-orang yang beriman dengan Mu dan mengajak kepada kebaikkan..telah banyak perkara yang telah berlaku dan mengubah diri ku..ku amat merindui diriku sebelum ini yang menjaga setiap larangan mu.. Terima lah taubat ku Ya Allah, jiwa ku tidak tenang melakukan kemungkaran dan larangan mu kerana aku tahu ape yang aku lakukan adelah salah dan bertentangan dengan naluri ku yang suke kepada kebaikan.. Ampunilah aku Ya Allah, insan hina yang lemah dalam menangkis melakukan kemaksiatan.. Terimalah taubat ku, sesungguhnya aku berusaha menahan dan melawan nafsu dari mengulangi melakukan kesilapan lalu ku.. Ku bersyukur kerana masih diberi nafas untuk memohon ampun kepada Mu Ya Allah.. Ku bersyukur kerana aku sedar kesilapan ku dikala aku masih bernyawa dan masih terbuka luas pintu-pintu taubat.. Akan ku gunakan peluang ini sebaik mungkin agar aku tidak mengulangi kesilapan yang same.. Ku juga memohon kepada Mu Ya Allah agar Kau beri lah petunjuk dan hidayah Mu kepada teman-temanku yang ku sayangi dan ampunilah dosa-dosa mereka Ya Allah..
Amin ya Robbal a'lamin..
0 comments:
Post a Comment