Terkilan - Mok Mati Sejurus Pulang dari Veterinar

Posted by

Sedih dan Terkilan. 
Bergenang air mata bila terkenangkan mok yang sudah pergi. 

Mok si Comel Sayang

Mok anak kucing jantan yang dilahirkan istimewa. Walaupun berketurunan kucing kampung tapi mok miliki bulu panjang dan kembang. Cantik dan comel. 7 bulan izan menjaga mok. Mok membesar dengan sihat dan lincah. Satu je perangai mok yang izan tak suka, mok suka membuang tepi dinding koridor. Geram nya rasa. Rasa nak picit-picit je. Tabiat mok yang paling istimewa mok suka mengurut. Pantang dipegang letak kat riba terus je nak mengurut, dah lah kuku tu tajam. Sakit nak oooii. Tak sangka usia mok tak panjang. Allah bagi pinjam sekejap je. 

Inspection di sebuah klinik veterinar swasta
Suatu hari mok tak sihat. Tak lalu makan dan tidur sepanjang hari. Tak sangka sakit mok berlarutan sehingga 2 ke 3 hari. Izan bawak mok ke klinik Veterinar kerajaan. Doktor bagitahu mok demam sikit dan doktor bagi ubat cacing dan selera makan. Doktor pesan lepas 2 3 hari kalau masih tak baik bawak semula ke klinik. Doktor tak kenakan sebarang bayaran untuk rawatan mok. Mok tak boleh diberi sebarang injection sebab takut badan mok yang lemah tak dapat terima ubat dan memudaratkan keadaan. Izan pulang dengan harapan mok akan pulih dan bertambah sihat. Ini bukan kali pertama izan bawak kucing ke veterinar. 

 
Dua Hari Mok Demam Tak Lalu Makan
Niat di hati memang nak bawak mok semula ke klinik lepas 2 3 hari, tapi belum pun 2 hari ibu suruh bawak mok ke klinik swasta pulak sebab mok tak menunjukan tanda-tanda nak baik. Malam tu mok tidur dengan ibu seolah-olah meninggalkan kasih buat kali terakhir. Pagi nya izan terus bawak mok ke klinik swasta. Izan bawak mok dan bon. Bon pun dah mula nampak tak berapa sihat. Mungkin berjangkit dengan mok. Bon anak kucing yang dibuang orang. Izan amik dan bela. Mok dan bon dah jadi kawan baik, main dan makan bersama.Bon suka tidur hempap mok sebab mok lebih besar dari bon. Di mana ada mok di situ ada bon.

Gambar Terakhir Mok & Bon Sebelum Sakit
Sesampai izan ke klinik veterinar, terus bawak mok masuk bilik jumpa doktor. Doktor bagitahu mok dan bon dijangkiti kuman dan paru-paru berair. Izan tanya doktor "boleh baik ke doktor?". Doktor jawap "kita cuba". Doktor beri 2 enjection dan ubat selsema, selera makan dan antibiotik. Kos rawatan untuk 2 ekor RM130. Doktor pesan kena kurung 6 hari dan tak boleh sejuk. Balik dari klinik izan tak bukak pun aircon sepanjang perjalanan risaukan budak 2 ekor tu sejuk dan tak singgah mana-mana. Sampai rumah terus bagi kat ibu. Izan nak pergi hantar kek ibu pulak. Jadi tak sempat tengok mok dan bon yang masih dalam bakul. 

Niat nak tengok mok ngan bon lepas maghrib nak bagi makan ubat. Belum pun sempat bagi makan ubat ibu bagitahu mok dah mati. Betapa sedihnya perasaan masa tu. Izan terus pergi tengok mok. Bon masih setia di sisi mok. Izan keluarkan mok dari bakul dan letak dalam kotak. Mok dah keras tapi badan nya masih hangat. Izan usap badan mok buat kali terakhir. Walaupun sedih, izan redha dengan ketetapan Illahi. Biarlah mok pergi dari menderita sakit. Selepas pemergian mok, izan tak putus asa ikhtiar bagi bon ubat setiap hari seperti saranan doktor. Sedihnya bon pun seolah-olah hilang harapan nak teruskan hidup. Bon dah tak ada teman. Keadaan bon semakin parah. Selepas 3 hari bon dah tak boleh nak telan ubat. Ubat yang izan bagi semua bon muntahkan semula. Akhirnya bon juga pergi mengikut jejak mok. Izan tanam bon bersebelah mok. Izan dah buat yang terbaik. Tiada yang dapat melawan kuasa dan takdir Allah walaupun beratus wang dikeluarkan untuk rawatan dan juga ubat.


Seusia Mok 3 bulan
Mok dan Bon dalam kenangan. Sayang Mok dan Bon walaupun hanya seketika.





Blog, Updated at: Sunday, December 03, 2017

0 comments:

Post a Comment