Telur oh Telur

Posted by

Salam semua..

Ada sesiapa tak suka makan telur? Kalau nak sihat bertenaga makan telur setengah masak, Insya Allah badan tak letih.. lagi-lagi kalau telur ayam kampung.. memang terbaik..


Ini kisah kilang ayam.. ayam yang mengeluarkan telur.. ada seorang mak cik ni bekerja kat kilang ayam.. tahu tak apa kerja mak cik ni?? KIKIS TELUR.. mesti tak pernah dengar kan.. dengan bahasa yang lebih mudah kikis taik ayam pada telur.. sepapan telur 30 biji tu upah RM0.20 sahaja.. murah ke mahal.. inilah punca rezeki mak cik tu hampir setahun lebih bekerja..


Biasalah kilang mesti ada barang reject kan.. telur pun sama, ada yang reject.. siapa yang biasa beli telur tahu telur ayam ni banyak gred.. AA, A, B, C.. telur kulit nipis pun ada.. biasanya ayam yang dah tua, telur yang dihasilkan pun dah kurang berkualiti, kulit telur dah nipis & cepat pecah.. sama macam manusia, semakin tua produksi pun semakin kurang.. betul ke salah??

Siapa niaga nak rugi kan.. telur pecah pun boleh jual maaa.. telur-telur yang dah retak ni kalau korang nak tahu akan dipecahkan dibuang kulit, dimasukkan dalam plastik dan dijual kepada kedai-kedai kek.. kedai kek pun buatlah kek sedap-sedap, cantik-cantik dari telur pecah tadi dan korang pun beli.. entah ada taik entah ada apa pada kulit telur tu semua masuk dalam telur yang dibuat kek tadi.. sedap kan!! haha..

Ayam = Telur + Taik = Kek dll


(Gambar sekadar hiasan)


Haa.. kalau korang nak beli kek, beli lah kat kedai melayu Islam.. sekurang-kurangnya mereka tahu taik ayam tu najis perlu dicuci sebelum buat kek.. ibu izan pun buat kek, memang sebelum buat tu kena basuh dulu.. pertama sebab najis, kedua bakteria yang terdapat pada taik ayam tu boleh menyebabkan kek cepat rosak.. tapi kalau beli yang ada kat pasaran ni tahu-tahu je lah kan mesti ada bahan pengawet.. jadi, bukan masalah pada mereka jika telur ayam tadi tak dibasuh sebelum diguna.. elak kan lah beli kek di kedai-kedai cina.. kalau korang yakin kebersihan dan kehalalannya terpulang lah pada diri masing-masing.. tepuk dada tanya iman.. bukan tanya aiman ye.. aiman tak kesah..

Bukan kek je, kalau nak beli roti telur ke, murtabak ke, burger ke, korang tengok-tengok lah dulu samada telur yang peniaga tu guna dibasuh atau tak.. boleh je kalau korang nak tanya brother yang jual murtabak tu.. telur ni basuh tak bang.. 

Berbeza di India, diorang tak basuh telur ayam ni walaupun diorang Islam.. sebab kat sana lain pegangan mazhab.. jangan terperanjat pulak kalau korang kat sana tengok india tu pecah kan telur ayam dengan taik-taiknya sekali..haha.. yang pasti Mazhab Syafie taik ayam kering yang melekat kat telur ayam tu najis, perlu dicuci.. makanlah makanan yang bersih dan halal..



Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
Hotline: 013-6783854
Email: nurizanahmad@yahoo.com
FB Page: Lady Krafts

Pengeposan ke seluruh Malaysia, 
Singapura, Thailand, Indonesia & Brunie


Blog, Updated at: Sunday, September 21, 2014

3 comments:

  1. hihih.. kelakar pun ada, betul gak tu, mama beli telur kat kedai melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama, beli telur kat kedai mane2 pun takpe..beli kek tu yg penting, jangan tersilap beli..kang dapat yg ada perisa tambahan..hikhikhik

      Delete