Amalan Doa dan Zikir Ketika Hamil

Posted by

Salam semua.. perkongsian yang amat berguna untuk semua berkaitan dengan amalan doa dan zikir ketika hamil.. izan percaya sebaik-baik mendidik anak adalah sewaktu di dalam kandungan ibunya lagi.. bak kata pepatah pun melentur buluh dari rebungnya.. bukan tak boleh nak lentur buluh bila dah jadi buluh yang keras tetapi adalah lebih mudah bila melenturnya ketika masih lembut.. begitu juga dengan manusia, jika nak melentur biarlah dari kecil, tengah suci bersih tanpa noda.

Amalan Doa dan Zikir Ketika Hamil

Dipetik dari buku doa dan zikir untuk ibu hamil


1) Surah al-Fatihah

2) Ayatul Kursi - dibaca sekali setiap pagi dan petang, sebelum tidur dan setiap kali selepas solat fardu.

3) Membaca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah (ayat 285 dan 286) - dibaca pada waktu siang, sebelum tidur.

4) Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas - dibaca 3 kali setiap pagi dan petang, sebelum tidur dan sekali selepas solat fardu.

5) Membaca ayat-ayat lain yang berkaitan seperti :

a) As-Saffat ayat 1 hingga 10
b) Al-Mukminun ayat 97 hingga 98 (ayat ini juga dibaca sebelum kita memulakan solat bagi menghindarkan diri dari gangguan syaitan)
c) Al-Baqarah ayat 185
d) Al-Faathir ayat 11
e) Surah al-Zalzalah

6) Memperbanyakkan ucapan "lahaulawala quwata illabilla hi aliyil azim"
dan ucapan bismillah, istighfar.

7) Memperbanyakkan doa Nabi Yunus "lailaha illa anta subhanaqa inni quntum minal zolimin"

Apa yang penting ialah jangan malas berdoa!!

Banyakkan berdoa untuk dapat anak yang soleh, solehah..

Perbanyakkan membaca Al-Quran, sebesar-besar zikir adalah Al-Quran.. mudah-mudahan dipermudahkan bersalin dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah Insya Allah..


Contact no: 013-6783854
email: nurizanahmad@yahoo.com



Blog, Updated at: Wednesday, March 12, 2014

7 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian..insyaAllah..akan diamalkan...

    ReplyDelete
  2. Kena lah dengan situasi saya sekarang..isteri tengah mengandung..hehe.terima kasih kongsikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..tak mengandung pun kena banyak kan zikir jugak tau..takde lah dok fikir yang bukan2 bila hati sering mengingatinya.. :D

      Delete
  3. Perkongsian yang baik. Jom Amalkan !

    ReplyDelete