On My Birthday

Posted by

Salam..This is my satu-satunya entry untuk bulan mei on my birthday (rosak bahasa aku).. Semperna hari peringatan kelahiran ku, ingin ku kongsikan cerita ini.. Tanggal 30 Mei 1986 bersamaan 21 Ramadhan 1406 hari Jumaat, lahirnya seorang puteri pada jam 1.56 petang. Hanya bertemankan jiran sebelah rumah dan mak bidan, ibu berhempas pulas mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan cahaya matanya yang ketiga. Bapak yang berada di kampung ketika itu hanya sampai setelah ibu selamat melahirkan puterinya. Puteri ibu yang membisu setelah dilahirkan membuat semua orang berasa panik. Mak bidan berusaha menepuk-nepuk belakang puteri ibu sehinggalah kedengaran tangisan seorang bayi. Kelegaan dan kegembiraan terpancar pada setiap wajah yang berada di kediaman ibu. Bertapa kuat dan cekalnya hati seorang ibu melahirkan cahaya matanya walau tanpa ditemani insan tersayang di sisi. Memandangkan puteri ibu lahir pada bulan Ramadhan, bapak yang telah menunaikan kewajiban membayar zakat, sekali lagi pergi menemui tok imam untuk menunaikan zakat untuk puteri ibu yang telah selamat dilahirkan.

Puteri ibu yang lahir tanpa tangisan ini kini telah meningkat dewasa menjadi seorang yang kuat dan tabah menjalani kehidupan yang penuh dugaan dan pancaroba. Puteri ibu akan sedaya upaya membahagiakan mu, mengembirakan mu, membantu mu sedaya kudrat yang ada. Walaupun tiada harta kekayaan yang anakanda dapat berikan kepada bonda, tetapi anakanda akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat buat bonda. Terima kasih bonda atas segala kasih sayang yang dicurahkan sepanjang membesarkan anakanda. Terima kasih bonda yang sabar melayan segala kerenah anakanda. Jasa mu tak kan ku lupa sehingga akhir hayat.. Buat bonda tercinta, anakanda amat menyayangi mu..

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapak sepanjang masa.


-June 87, setahun selepas kelahiran-





Blog, Updated at: Thursday, May 30, 2013

1 comments:

  1. Seiring masa berjalan, umur juga semakin meningkat. Itulah yang mematangkan diri kita. :-)

    ReplyDelete