Surprise

Posted by

Salam and selamat malam..

Hari ni tergerak hati nak buat check list barang-barang peralatan craft yang dah dibeli. Sejak berkecimpung dalam pembuatan kraf ni memang tak sayang duit melabur membeli apa-apa yang dirasakan perlu. Disebabkan minat dalam dunia crocheting and knitting, so banyak la benang-benang yang dibeli. Pantang nampak benang cantik sikit, mahu semua dibelinya. Bukan setakat benang je, crochet hook beli, knitting needles pun beli, brooch pin and button pun beli, buku crochet pun beli, felt pun tak ketinggalan beli juga. Bukan setakat tu je, key chain ring and batu tampal pun beli juga. Fuuuhhhh banyak jugak yang dah dibeli tapi macam tak nampak je barang-barang yang dah dibeli tu. Yang lebih mengejutkan, kira punya kira, belanja semua dah mencecah RM494.18. Ohhh tidaakkkkkk...macam tak percaya je..




Tu tak kira lagi beli benang-benang biasa yang kat kedai tu. Beli online je dah cecah hampir RM500. Kalau kira sekali charge bank setiap kali transfer duit campur beli yang lain-lain kat kedai-kedai tu maunya ada RM500++. Lepas ni dah tak boleh belanja ikut suka-suka hati. Semua perbelanjaan kena ada record supaya tak berlaku pembaziran yang melampau. And lagi satu hal, semua pemberian gift mahupun pembelian pun nak kena ada record. Supaya senang nak trace kat mana perginya barang-barang yang dah dibeli terutamanya benang and small-small items.

((Berazam hasilkan crochet items untuk kembalikan duit yang dah dibelanjakan))

Semoga tercapai matlamat dengan jayanya =D



Blog, Updated at: Saturday, October 06, 2012

0 comments:

Post a Comment