Bahagia

Posted by

Salam semua..


How you define happiness?? Adakah kamu sedang berbahagia sekarang?? 
Jawapnya sudah tentu "Ya". Kita patut merasa bahagia masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di atas muka bumi ini pada hari dan saat ini. Nikmatilah kebahagiaan itu walaupun kamu didatangi dengan pelbagai dugaan dan cobaan hidup.


Lately, rasa suka lihat wajahnya. Walaupun perhubungan itu sekejap ada sekejap takde, tetapi persahabatan ini tetap berlangsung dengan baik. Adakalanya tidak faham dengan sikapnya, adakala pula baik-baik saja layanannya. Kadang-kala tempoh masa yang panjang tidak boleh dijadikan ukuran yang kita sudah betul-betul mengenali seseorang itu. Orang yang kita kenali baik pada hari ini belum tentu baik pada masa akan datang. Kebelakangan ni, agak selesa berborak dengannya walaupun suatu masa dulu agak sukar untuk difahami sikapnya. Walaubagaimana pun, sentiasa mengirimkan doa untuknya. Semoga dia terus success dalam pelajaran dan juga kerjaya..




Percaya bila mana kita berbuat baik sesama manusia mahupun haiwan, Allah akan membalasnya suatu masa nanti. Alhamdulillah dikurniakan rezeki lagi menyiapkan tempahan seorang sahabat. Walaupun tidak seberapa, tetapi tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Dan ada seorang sahabat yang berbesar hati offer nak promote and carikan customer cuma kena bagi sedikit komisyen la. Yang tu belum fikir lagi nak terima ke tak offer tu. Risau jugak tak sempat nak kejar siapkan tempahan. Kena fikir betul-betul, lagi pun tempahan mengait ni just buat partime, ada masa buat, ada masa time mood malas datang kang tak buat pulak. Kalau betul-betul nak terima tawaran tu nak kena fokus and pandai bahagi masa.
Insya Allah akan difikirkan and dibincangkan kelak.



" Semoga terus success dalam hidup di dunia mahupun di akhirat "

" Biar tak banyak asal berkat "



Blog, Updated at: Monday, October 08, 2012

0 comments:

Post a Comment