DIGI menipu - Susah nak Port In

Posted by

Assalamualaikum

Geram betul dengan Digi ni. Punya lah susah nak port in request sampai 3 kali baru approve.

Line Digi problem kat rumah izan ni. Slow lepas tu kejap kejap hilang. Bila keluar rumah duduk warung tepi jalan baru line laju. Area bandar, pekan memang tak ada masalah. Tapi bila balik rumah, amat lah menyakitkan hati.

So, izan nak port in switch ke celcom. Musim PKP ni nak ke sana ke sini pun terbatas, nak pergi center celcom jauh jadik izan order simkad celcom online. Simkad sampai pada izan jer, seller terus buatkan request untuk port in. 

04/06/2020 
Izan dapat SMS dari celcom jam 11.43 pagi. Punya lah lambat Digi nak respon jam 3.42 petang baru izan dapat SMS dari Digi. Izan terus reply confirmation sms tu. Jam 5.44 petang Celcom hantar lagi sms Digi belum proses izan punye permohonan. Digi sengaja melambat lambatkan.


At the end, jam 9.48 malam Digi hantar SMS request rejected. Alasan izan tak reply sms confirmation. Terus call Digi tanya, diorang suruh submit semula. Senang senang jerr nak menipu orang.


Submit kali ke 2 ni ambil masa sikit sebab 6 hari bulan izan whatsapp seller, seller tak reply. Izan tak suka nak push push. Izan sebagai seller pun tak suka customer push lagi lagi masalah bukan datang dari seller.

20/06/2020
Izan follow up semula seller tanya progress. Seller respon dan submit semula permohonan tuk port in.


Celcom hantar SMS jam 12.29 pagi. Izan dapat SMS confirmation Digi jam 4.28 petang. Geram masa ni izan reply banyak kali. Lepas reply tak lama tu izan call Digi nak pastikan Digi terima sms izan. SMS dah terima tapi customer service Digi maklumkan esok jam 8.00 pagi baru tahu boleh tukar atau tak. Izan tak faham kenapa proses port in ambil masa lama sangat.


Esok pagi nya jam 8.36 pagi alih alih dapat SMS request rejected lagi sekali dengan alasan tak munasabah kata no.tel izan dah expired tak aktif. Sedangkan 24 hari bulan baru tamat tempoh. 2 kali reject agak agak nak marah ke nak maki.



Sama jugak proses yang sama. Call customer service tanya kenapa reject dah 2 kali request. Pun sama jugak suruh izan submit semula. Izan hampir hampir nak report KPDNKK tapi sebab masa tu tengah beraya tak sempat nak report.

21/06/2020
Izan dapat SMS dari celcom jam 10.09 pagi. Jam 2.07 petang baru dapat SMS dari Digi. Cepat sikit dari sebelum sebelum ni. Sampai jam 4.11 petang dapat lagi SMS dari celcom masih belum approve lagi.



Jam 8.08 malam Digi hantar SMS port in berjaya. Boleh pulak proses cepat. Nape tak esok siang jerr. Kalau lambat sikit tadi memang dah report dah.


Mungkin ramai yang dah pun terkena apa yang izan alami. Sebagai pengguna, kita ada hak yer untuk buat report tak kira syarikat tu syarikat besar atau kecik selagi mana mereka manafikan hak kita sebagai pengguna. Izan pun nyaris nyaris nak beli no.tel baru. Malas nak layan kerenah Digi ni. Mana tak nye submit sampai 3 kali kod.

Bagi yang sedang terkena tu, jangan biarkan syarikat ni menindas anda. Duit anda, anda berhak untuk tukar kepada mana mana telco yang manawarkan service terbaik.

Izan bukan pertama kali port in. Izan pernah guna maxis, celcom, yodoo. Tapi ni lah port in pertama yang paling menyusahkan. Jangan harapkan lah nak guna Digi lagi lepas ni.


Blog, Updated at: Wednesday, June 24, 2020

0 comments:

Post a Comment