Kebun Pusaka

Posted by


Assalamualaikum

Lama tak menulis kat sini. Beberapa hari teringat nak buka blog. Post terakhir 24 Jun 2020. Setahun tak menulis sebab tak teringat langsung kat blog.

2020 hingga 2021 PKP seluruh negara banyak lah aktiviti yang tak dapat dijalankan. Izan pun antara yang terjejas sebab tak boleh niaga. Kemudian kerajaan benarkan niaga sekejap, lepas tu tutup balik. Jadik sepanjang PKP tu izan rancang nak cari kebun pusaka arwah bapak. Kebun ni tak ada adik beradik yang tahu lokasi yang tepat tu dekat mana kecuali arwah bapak. Izan pun cuma tahu kebun ni terletak jauh dalam kampung tapi tak pernah pergi.

Sebelum PKP tu izan ada pergi Pejabat Tanah untuk tanya lokasi kebun. Pejabat tanah pun tak dapat beri jawapan yang tepat tapi adalah clue yang meraka beri. 

Masa PKP pertama, suami izan dah cari orang yang boleh cari kebun ni. Upah cari pun dah siap bincang semua. Beberapa hari selepas bincang, mereka maklumkan kebun tu berpaya dan tak pasti boleh diusahakan atau tidak. Izan memang maklum kebun arwah bapak tu kawasan paya cuma nak kenalpasti lokasinya di mana. Lepas tu, terus tak ada progress dari pihak yang mencari dan terus senyap.

PKP berterusan tiada penghujung sampailah izan ajak suami cari sendiri. Mana lah tahu boleh jumpa. Ada yang suruh bertanya dengan ketua kampung dan sebagainya. Masa tu ajak abang ipar sekali. Pusing lah seluruh kampung, masuk kawasan ternakan lembu atas bukit. Ketua kampung pun masa tu diluar kawasan tak dapat lah jumpa.  Pencarian berakhir di situ.

Tahun berganti tahun, 2022 sekali lagi izan dan suami usahakan lagi untuk cari kebun arwah bapak. Selepas Raya Puasa bulan 5 suami ajak pergi jumpa En. Harun. En. Harun ada letak iklan depan rumah untuk cari kebun. Bila dah sampai tak ada rezeki pulak nak jumpa En. Harun. Try call dan bincang lepas tu En. Harun terus suruh whats up geran. Lepas dah bagi semua maklumat yang En. Harun nak, kami tunggu lah En. Harun contact semula. Masa tu tak mengharap apa-apa pun sebab pengalaman sebelum ni dah mengecewakan. Kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada tu maknanya Allah belum izin

Ya Allah, tak sangka cepat betul En. Harun buat kerja. Tak sampai seminggu En. Harun whats up gambar kebun arwah bapak. Lokasi dah jumpa dan tanya bila nak masuk. Gembira syukur tak terkata masa tu.


Salah satu gambar yang En. Harun bagi


Lepas bincang dengan suami, kami sepakat setuju ikut masa dan kesediaan En. Harun bila nak masuk kebun. Dipendekkan cerita, akhirnya kami sampai lokasi kebun arwah bapak. Yang berpaya ni kawasan belah bawah. Belah atas tanah bukit dan ada pokok sawit orang tanam dalam 40 pokok.






En. Harun baju kelabu, Suami pakai kopiah baju merah, tepi cap merah tu abang kobe.

Syukur alhamdulillah Allah temukan dengan mereka semua. Tanpa bantuan Allah tak jumpa kebun arwah bapak ni. Insya Allah, next post izan akan cerita macamana boleh jumpa dengan abang kobe.



Blog, Updated at: Sunday, July 24, 2022

0 comments:

Post a Comment