CCRIS PTPTN: Tunggakan Wajib Bayar

Posted by

Assalamualaikum...

Siapa sini takde buat pinjaman PTPTN angkat tangan.. bagus lah korang, tak ya nak fikir bayar hutang kan..  first time izan dengar perkataan CCRIS ni 2 tahun lepas.. kawan izan sibuk bercerita nama masuk CCRIS sebab tak bayar loan kereta.. masa tu dengar masuk kanan keluar kiri.. sebab rasa benda tu tak penting..

Ok, nak cerita pasal PTPTN ni sebenarnya.. izan pun sebenarnya salah seorang peminjan PTPTN.. alhamdulilah izan cuma ada 1 akaun saje, apply masa buat master.. nak tunggu MyBrim masa tu lambat, jadi terpaksa lah apply PTPTN.. masa tu PTPTN dah apply konsep Ujrah.. untung sikit lah, tak perlu nak bayar kos 4% tu..

Habis master 2012, pihak PTPTN takde pun hantar surat mengatakan perlu bayar balik pinjaman bermula sekian sekian tarikh.. tapi izan ambil inisiatif sendiri untuk check di web PTPTN dan start buat bayaran balik sejurus habis belajar.. 

Tapi maklum je lah kan, tak kerje tetap lagi jadi bayar pun ikut suka, tak ikut schedule..hihihi..korang jangan buat macam izan tau, buruk rekod nanti..huhu.. Izan tertunggak setahun tak bayar.. terlupa sangat.. masa tu sibuk mengajar kolej, tak teringat langsung nak bayar.. 

Baru-baru ni izan nak buat loan kereta.. salesman tu ada lah cerita pasal CCRIS CTOS.. izan pun check nama senarai hitam PTPTN, tup tup keluar "Nama anda tersenarai dalam data yang akan disenarai hitamkan".. cuak giler kod..mati lah, susah lah loan nak lulus macamni.. confirm nama ada dalam CCRIS dengan rekod yang buruk sebab ada tunggakan..

Izan pulak jenis suka kumpul 4 5 bulan bayar sekali gus.. izan buat bayaran online, setiap transaksi akan di cas 50 sen.. nampak nilai tu kecil, tapi izan rasa rugi bila buat banyak kali transaksi.. itu lah puncanya..hmm

Izan dah pun lunaskan semua tunggakan yang ada.. yeeeaahh.. lepas-lepas ni terpaksa lah pejam mata pasal 50 sen tu nak bagi rekod CCRIS tu cantik.. pasal loan tu hanya Allah saja yang boleh bantu.. kalau lulus alhamdulillah.. kalau tak lulus, cuba lagi lain kali..

Staff PTPTN tu tanye nak surat tak, nak buat loan ke.. izan pun angguk je lah.. then, diorang bagi surat pengesahan bayaran ni..

Surat Pengesahan

Sekarang dah senang, tak bawak tunai pun takpe.. boleh swap je kad bank korang.. yang penting duit dalam ada.. kalau dah tunggak sampai 20k tak kan nak bawak duit berkepuk-kepuk.. buat nye kena curi, sia-sia je.. disebabkan izan punye tunggakan tak banyak, so izan bayar tunai je.. 

Resit Bayaran

Sesiapa ada plan nak buat sebarang loan bank tu, pastikan korang takde tunggakan apa-apa dalam rekod CCRIS.. kalau banyak tunggakan, korang jangan tanye kenapa loan korang kena reject..hahaha


Blog, Updated at: Tuesday, May 31, 2016

0 comments:

Post a Comment