Negaraku Tercinta Malaysia

Posted by

Salam semua..

Selamat Hari Merdeka.. Korang pergi ke mana je cuti Merdeka ni.. Izan duduk rumah je.. semalam kenduri rumah sepupu.. Alhamdulilah cuaca pun elok je semalam, majlis berlangsung dengan lancar.. pengantin pun cantik..hihi..

Dengan apa yang telah menimpa negara kita, Merdeka pun disambut sederhana pada tahun ni.. begitu juga jamuan raya menteri-menteri.. Izan sempat jugak pergi ke Majlis Jamuan Hari Raya Timbalan Perdana Menteri.. Tiap-tiap tahun buat kat Pagoh.. untung orang pagoh.. Tahun ni jamuan diadakan sederhana bagi menghormati keluarga-keluarga korban MH17 dan segala peristiwa sedih yang telah menimpa rakyat Malaysia.. Suasana jamuan tetap meriah walaupun disambut secara sederhana..

Tahun 2014 ni genap lah 57 tahun negara kita Merdeka.. ayah izan lahir tahun 1954 awal 3 tahun sebelum merdeka.. ibu lahir 1959 selepas 2 tahun merdeka.. mak ayah korang lahir tahun bila?? sebelum merdeka ke selepas merdeka?? yang lahir sebelum merdeka pasti mereka ada kisah dan juga pengalaman yang berbeza-beza kan.. walaupun hanya hidup 2 3 tahun sebelum merdeka, pasti mereka ada kisah yang orang lain tak kan alami.. tak dapat bayangkan macamana kehidupan waktu tu dengan adanya tentera jajahan di negara kita ni.. Untung sekarang kita dapat hidup dalam negara yang aman bebas dari jajahan.. tapi yang tak bestnya negara kita penuh dengan lambakkan pekerja-pekerja asing.. kalau hari-hari minggu macamni penuh mamat-mamat bangla kat bandar Muar ni.. kalau dulu aman je naik bus pergi ke bandar, tapi kini rasa tak selesa sebab penuh bus dengan "mereka-mereka" ni.. adoooiii.. yang ada tu sempat nak terlentok kat bahu kita...memang aku tak kan bagi kau duduk sebelah aku.. Ini lah beza dulu dan sekarang.. 

Sekian, setakat ini dulu kisah merdeka dari izan.. Today is the LAST day for Segmen Blogwalking by Prettyiz sampai jam 12 malam je ye.. yang belum join sempat lagi kalau nak sertai segmen ni..



Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee 
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com
FB Page : Vitamin House Beauty



Blog, Updated at: Sunday, August 31, 2014

0 comments:

Post a Comment