Kahwin Muda - Rezeki danTanggujawab

Posted by

Alhamdulillah, selamat sudah diijab kabulkan pasangan merpati sejoli ini.. maka termeterilah tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri di atas bahu mereka.. awal pagi izan dah sampai umah pengantin sebab ibu kena tolong masak tuk makan damai.. izan malas nak tolong sebab dah ramai makcik-makcik kat dapur tu.. lepak kat bilik pengantin je lah..hihi.. borak punya borak dengan pengantin tanya lah umur berapa.. oooh my, baru 19 tahun.. masa izan seusia pengantin ni izan masih di universiti sambung belajar lepas habis STAM.. masa tu tak terfikir pun pasal kawen.. dah niat awal-awal dalam hati lepas habis sekolah aku mesti masuk universiti.. tanya jugak kat pengantin dah tak sambung belajar ke.. Insya Allah akan sambung belajar nanti..

Tak kira lah berapa umur kita, ia bukan penghalang untuk menghalalkan sebuah hubungan dengan ikatan yang diredhai Allah.. di samping megambilkira hukum untuk mendirikan sebuah rumah tangga.. Perkahwinan tu HARUS bagi yang berkemampuan.. walaupun diusia muda, jika sudah berkemampuan maka harus baginya untuk berkahwin.. jadi, tak salah nak kawen muda.. orang kata kawen muda belum matang, banyak kes cerai berai sebab kawen muda.. betul ke??

Kena lihat semula tujuan perkahwinan tersebut.. kenapa kamu berkahwin? untuk apa kamu berkahwin?.. semua orang tahu perkahwinan adalah salah satu sunnah nabi.. menyambung mengembangkan zuriat keturunan.. tapi ramai yang tidak melaksanakan perkahwinan itu mengikut cara nabi.. bagaimana nabi melayan isteri-isteri nabi, bagaimana nabi menyuruskan hal rumah tangga nabi.. bila mana kita tidak mengikut sunnah-sunnah nabi, maka tiada kejayaanlah dalam kehidupan kita.. bila mana kita meninggalkan suruhan Allah, meninggalkan solat, melakukan maksiat, maka mudahlah syaitan mengacau rumah tangga yang dibina..

Bukan kawen muda itu yang salah, tetapi individu tersebut yang tidak menjalankan tanggungjawab seperti mana yang telah diajarkan.. nabi juga pernah bercerai dengan isteri baginda, lihat lah apa sebab perceraian itu berlaku, lihatlah bagaimana nabi menyelesaikan masalah dalam rumah tangga baginda.. tiada contoh yang lebih baik untuk diikuti selain Nabi Muhammad S.A.W..

Sweet sangat pasangan pengantin ni.. walaupun di usia muda, mereka berjaya menjaga batas pergaulan sebelum sah menjadi pasangan suami isteri.. No SMS, No Call, No Dating.. Tabik spring lah.. Insya Allah cinta kerana Allah, bahagia hingga ke syurga..


(Debaran pengantin baru)


Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee
Hotline: 013-6783854
Email: nurizanahmad@yahoo.com
FB Page: Lady Krafts



Blog, Updated at: Saturday, August 02, 2014

0 comments:

Post a Comment