Mandi Tengah Malam - Mitos atau Fakta

Posted by

Kalau ibu tahu izan mandi tengah-tengah malam kul 1 ni mau nya tak bising.. senyap-senyap sudah.. orang tua-tua kata tak elok mandi malam ni.. sebabya?? entah.. izan pun tak sure.. yang izan tahu ibu memang akan bising kalau izzan kerap mandi malam.. oleh sebab itu izan hanya akan mandi pada waktu siang je..haha.. ada kala tu terlajak jugak, tapi sebolehnya izan akan elak dari mandi malam..


izan pernah dengan bila mandi pukul 7 ke atas akan menarik ion-ion negatif ke dalam badan.. ni kajian aura-aura seri lah ni.. izan pun not sure sejauh mana kebenarannya dan kesannya ke atas diri kita.. ada pulak yang kata mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.. sebenarnya kita dok pasang kipas ligat malam-malam tu pun boleh menyumbang kepada penyakit paru-paru ni.. cuba tengok orang dulu-dulu jarang kita dengar mati sebab penyakit tu penyakit ni.. sebab apa?? sebab kehidupan mereka semuanya natural beauty.. sebab tu diorang sihat nak berbanding dengan kita sekarang ni..

Artikel Utusan online menerangkan bahawa tiada kesan buruk apabila mandi malam, malah lagi digalakkan oleh doktor.. eeeh??  betul ke ni...

Kata Dr. Tan (doktor hospital swasta) , negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.


Antara Kebaikkan Mandi Malam adalah:

a) membersihkan badan daripada bakteria dan virus - kegagalan mandi yang secukupnya boleh    mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

b)  mandi membuatkan badan lebih segar, sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.

c) Bagi orang yang menghidapi penyakit kulit, tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering. Mandi malam adalah untuk  kurangkan kehilangan air daripada kulit pada waktu malam.

d) Setelah penat seharian bekerja,otak dan badan anda perlukan rehat - oleh itu mandi boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

e) Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia

f) mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.

Izan setuju dengan fakta ni.. lepas mandi izan mudah terlelap and tidur dengan lena.. kucing-kucing izan pun sama.. kalau lepas mandi mesti diorang tidur dengan lenanya seharian..  so,korang rajin-rajin kan lah mandi lah yek..





Blog, Updated at: Saturday, August 02, 2014

0 comments:

Post a Comment