Keputihan Semasa Hamil

Posted by

Perkongsian info berkaitan keputihan semasa hamil yang izan perolehi daripada bayi-ibu.com

Tubuh mengalami pelbagai perubahan semasa hamil. Salah satu perubahan yang mungkin dialami ialah masalah keputihan. Ibu hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh tindakan hormon kehamilan. Adalah sangat penting untuk mengetahui perubahan yang normal semasa mengandung dan mencari rawatan segera apabila berlakunya perubahan yang tidak normal.



Apakah Keputihan Semasa Hamil Normal?
Lelehan keputihan yang nipis dan kurang berbau dari kemaluan adalah normal semasa hamil dan tidak perlu dibimbangkan. Hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan merangsang selaput lendir badan semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.




Apakah Keputihan Semasa Hamil yang Tidak Normal?
Jika keputihan berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan/atau disertai dengan kemerahan atau kegatalan, kemungkinan ia mempunyai jangkitan faraj. Slah satu jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung ialah Candidiasis juga dikenali sebagai jangkitan yeast. Jangkitan ini mudah dirawat oleh doktor. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal adalah disebabkan oleh STD (sexually transmitted disease).

Cara Mengatasi Masalah Keputuhan Semasa Hamil:
  • Guna pads atau panty liners yang boleh memberi keselesaan.
  • Pastikan kemaluan sentiasa bersih dan kering untuk mencegah bau yang tidak menyenangkan.
  • Berjumpa doktor sekiranya terdapat perubahan lelehan keputihan yang tidak normal.


Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee 
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com



Blog, Updated at: Saturday, June 07, 2014

4 comments:

  1. Haii.. cakkk..
    Done follow sini no. 34,
    Jom follow me back, leh kita saling kunjung
    Mengunjung pasni.. salam kenal yea..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Dan kalau minat kucing, sudi2kanlah folliw sini jugak yea.. heeee..
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tengku butang.. opkos lah minat si bulus comel..hihi

      Delete
  2. ohh..cam gitu ehhh rupanya,,

    ReplyDelete