5 Minuman Bantu Turunkan Berat Badan

Posted by

Mereka yang berusaha pasti mendapat hasil.. Nak turunkan berat badan.. Meh la amalkan 5 jenis minuman ni.. yang penting jangan mudah putus asa.

1. Air Putih a.k.a Air Masak a.k.a Air Jarang


Air putih merupakan salah satu pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Air ini sepatutnya diminum sebanyak 8 gelas sehari bagi yang melakukan kerja normal. Bagi mereka yang banyak mengeluarkan peluh, minuman ini harus ditambah lagi untuk menggantikan air yang hilang dari badan. Secara semulajadi air ini mengekalkan keperluan badan kita. Kuantiti air yang diperlukan oleh badan juga bergantung pada berat badan seseorang. Individu yang mempunyai berat badan yang lebih berat memerlukan air yang lebih banyak. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air masak.

2. Air Jus


Jus sayur-sayuran akan membantu mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan tubuh sebagai bahan bakar untuk  mengurangkan berat badan. Jus sayur-sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama. 

3. Teh Kurang Manis


Teh mampu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses penurunan berat badan. Biasanya teh hijau kurang manis diambil sebagai proses diet. Hanya sedikit gula dibancuh bersama teh. Teh merah juga mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh badan.

4. Kopi


Kandungan kafein dalam kopi akan dapat membantu menahan rasa lapar. Kopi juga mampu memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Dengan ini pembakaran lemak akan lebih cepat. Untuk kesan yang lebih baik, pastikan kandungan pemanis iaitu gula @ susu pada kuantiti yang minima.

5. Susu Rendah Lemak



Susu adalah sumber protein yang sangat baik dan dapat membantu menurunkan berat badan. Tetapi pastikan susu yang di pilih adalah susu rendah lemak.  Ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat.

Credit to: Resepicheff

sms/watsapp/wechat/line: 013-6783854
email: nurizanahmad@yahoo.com



Blog, Updated at: Tuesday, May 20, 2014

0 comments:

Post a Comment