Kid Maxi Dress

Posted by

Salam semua..

Alhamdulillah selesai tugas yang di amanahkan.. lapang sikit fikiran ni.. boleh lah ber kraf dengan senang hati lepas ni.. selepas pelancaran blog Crochet Sweet Home, bermain-main dalam fikiran ni untuk menghasilkan maxi dress untuk kanak-kanak.. Sebenarnya, sebelum decide untuk menjual barangan kait atau crochet ni, selalu je terpikir untuk hasilkan barangan yang lebih ke arah pakaian muslim atau muslimah.. Setelah difikir-fikirkan, so Major barang kait yang hendak dijual adalah kopiah kanak-kanak. 



Dress and cardigan tu macam tak payah lah nak ajar anak-anak ni pakai yang macamtu.. Crochet dress boleh lagi dipertimbangkan tapi biarlah yang berlengan.. Nampak lebih sopan digayakan kanak-kanak ni berbanding dress tanpa lengan.. Nak mendidik anak ni biarlah dari kecil. 

Bila nak berniaga ni, nak kena fikir juga, apa kesannya perniagaan kita kepada ummah.. Adakah memberi kebaikan dan dapat mendidik ummah atau hanya memberi keburukaan atau mengundang kemungkaran Allah.. Apa yang kita lakukan semua akan ditanya di akhirat nanti.. Sebab tu la banyak yang harus difikirkan bila nak terjun ke dunia perniagaan terutamanya yang berkaitan pakaian.. Setiap pakaian yang hendak dijual mestilah tidak bertentangan dengan syarak..


Maxi dress adalah salah satu alternatif untuk menggantikan dress singkat yang dipakai kanak-kanak sekarang. Maxi dress ni juga seakan-akan jubah.. cumanya untuk kanak-kanak ni tidak perlu terlalu labuh, nanti budak-budak tu lari terjatuh pula.. Boleh juga gayakan dress kanak-kanak dengan seluar agar mudah mereka nak bergerak.. Harap-harap niat untuk menghasilkan maxi dress ni tercapai.. Bergitu juga untuk menghasilkan dress berlengan.. Semoga Allah merestui niat dan usaha ini..

tutorial




Pinned Image



Blog, Updated at: Monday, October 29, 2012

0 comments:

Post a Comment