Hari Bahagia

Posted by

Salam..

Alhamdulillah, setelah berusaha selama hampir dua tahun akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian dengan jayanya.. Segala penat lelah, pahit manis terubat dengan kejayaan yang dikecapi.. Niat untuk belajar sehingga ketahap sarjana akhirnya menjadi kenyataan setelah selesai majlis penganugerahan sijil kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian.. Syukur alhamdulillah cuaca semasa majlis berlangsung juga agak baik dan semuanya berjalan dengan lancar..



Ini lah detik-detik bahagia bersama rakan-rakan seperjuangan.. Segala kenangan akan terpahat kemas di dalam hati.. Semoga kita semua akan terus berjaya di dunia mahupun di akhirat.. Teruskan menuntut ilmu walaupun mungkin kita tidak bersama lagi..

Setelah selesai majlis konvokasyen, hari ini juga merupakan hari bahagia buatku.. Walaupun tiada perancangan pada awalnya, tetapi alhamdulillah Allah memudahkan urusan kakak ku.. Merasa bahagia melihat mereka memilih cincin yang sesuai untuk penyatuan dua hati.. Semoga Allah memberkati mereka dan memberikan rasa aman bahagia di dalam hati-hati mereka..

I will always pray for you =D





Blog, Updated at: Sunday, October 21, 2012

0 comments:

Post a Comment