Step Forward

Posted by

Salam ceria..

Alhamdulillah, setiap manusia itu telah ditetapkan rezekinya masing-masing..
Walaupun ada suara-suara yang berkata, tak usaha mana nak dapat.. Ya, memang betul kita disarankan berusaha disamping berdoa dan bertawakal tetapi apa yang kita dapat adalah semua atas izin Allah swt. Walau sekuat mana pun kita berusaha, jikalau bukan rezeki kita, tetap kita tidak akan memilikinya..

Lepas abis belaja ni, rasa malas pulak nak cari kerja..
Semangat tu kejap je..mula-mula berkobar gak apply mana-mana kerja..pastu lama-lama tak bersemangat dah.. Lagi-lagi bila dah selesa duduk kat rumah, masa pun fleksibel nak buat apa-apa, tak terikat ngan itu ngan ini.. Kalau dah rezeki Allah nak bagi, kerje tu pulak yang datang pada kita.. 3 bulan bekerja sebagai guru sandaran. Pengalaman mengajar sedikit sebanyak memang menyeronokkan cuma keadaan persekitaran  dan admit staff yang membuatkan rasa agak kurang selesa. Bila bekerja ni, masa agak terhad, fikiran letih seharian memikirkan hal-hal pelajar di samping aktiviti-aktiviti sekolah yang terpaksa disertai.. Walaubagaimana, it is a good moment untuk dikenang dan juga menimba pengalaman..





Selesai sudah 3 bulan mengajar, kini selesa duduk-duduk di rumah membantu meringankan kerja ibu sambil mengambil tempahan mengait secara sambilan memang seronok. Alhamdulillah, Insya Allah jika diizinkan Nya akan kembali bertugas dengan majikan baru dengan persekitaran baru, dan juga kehidupan baru. Semoga Allah memudahkan segala urusan ku di sana nanti.




Dulu ada seorang sahabat ni kata aku ni terlalu statik, lambat sangat membuat perubahan. Hmm, takpe lah. Orang boleh cakap apa-apa je tentang kita, tetapi Allah jua yang maha tahu yang terbaik untuk kita. Semoga ini permulaan baru untuk aku melangkah setapak kehadapan dalam mencorak kehidupan. 

Insya Allah..




Blog, Updated at: Sunday, September 30, 2012

2 comments:

  1. Izan,
    doesn't matter apa orang lain cakap. Sebab dia tak melalui hidup macam kita. Asalkan kita happy dengan hidup kita, Insya-Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Puteri Nurhayati..macamna pun sedih gak bila ada yang cakap macamtu..cakap kita tak bercita-cita tinggi la..sedap mulut diorang je nak bercakap tak fikir perasaan orang..hmmm..

      Delete