Salam semua..
Cerita makan lagi.. asyik makan je izan ni kan.. korang pernah tak makan pulut ayam?.. kat Malaysia ni tak tahu lah ada orang jual ke tak, tapi kalau kat Thailand memang banyak & boleh dikatakan bersepah pulut ayam ni..
First time izan jumpa pulut ayam ni pelik gak.. bende ala apa lah diorang makan ni.. ada ayam goreng, bawang goreng, pulut & kuah cili.. Izan rasa pulut ayam ni bukan makanan istimewa kat sana sebab boleh dapat kat tepi-tepi jalan.. rasanya agak sedap boleh lah bagi orang yang suka makan pulut.. kalau kita orang Malaysia suka makan pulut dengan rendang ye dak..
Pulut ayam meninggalkan seribu satu kenangan pada izan.. rasanya lebih 4 tahun izan tak ke negeri jelapang padi nun jauh di utara Malaysia.. makanya lebih 4 tahun jugak lah izan tak makan pulut ayam ni.. sejak habis belajar di UKM Bangi dah tak pernah ke sana..
Nak jumpa kawan-kawan & ex lectures UUM terasa jauh pulak.. lagi-lagi sejak banyak kes bus ekspress accident, tak berapa nak berani naik bus jalan jauh.. takut oo..kalau tak dulu muar-alor star je.. sampai abang kedai kat bustand muar tu pun dah kenal.. sebab selalu letak bag kat kedai abang tu.. sekarang ni kalau naik bus pun setakat muar-kL je.. takde dah nak jalan jauh-jauh.. so, sesiapa yang nak jumpa izan tu sila-sila lah turun muar atau kL k.. hihi
0 comments:
Post a Comment