Simptom Gejala Tiroid

Posted by

Selamat tengahari semua. Siapa pernah kena sakit kelenjar tiroid. Macamana rasanya? Beguk dengan tiroid sama ke?. Sesiapa yang ada pengalaman tu, boleh lah kongsi pengalaman bersama ye. 

Penyakit tiroid bukan lah sesuatu yang membahaya, tetapi jika tidak dirawat, Yes, ia membahaya. Kebiasaannya, penyakit ini mudah menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas dan juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.


Dalam leher kita ni ada kelenjar yang dinamakan kelenjar Tiroid. Kelenjar ni berfungsi mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga).

Tiroid ni ada 2 jenis :
  1. Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  2. Hipotiroidisme
Kalau korang nak atasi penyakit Tiroid ni dengan supplement Shaklee, pastikan membeli dengan pengedar yang berilmu dan bertanggungjawab. Kesilapan memberi supplement boleh memburukkan lagi keadaan pesakit tiroid.

Hipertiroidisme / Tirotoksikosis


Bagi pesakit Hipertiroid, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Biasanya adalah disebabkan oleh Grave’s disease iaitu di mana antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid pesakit ini mengeluarkan hormon berlebihan. Yang ke dua adalah disebabkan oleh Thyroiditis iaitu tiroid bengkak. Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri. Ataupun boleh juga berlaku disebabkan oleh Toxic nodule goitre iaitu terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Simptom-simptom Hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Osteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

Hipotiroidisme

Pesakit hipotiroidisme pula berlaku disebabkan oleh hormon tiroid yang tidak cukup.

Simptom-simptonnya :
  • Bengkak kaki
  • Ingatan terganggu 
  • Lembap
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung


Bagaimana merawat penyakit kelenjar Tiroid?

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid. Manakala bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Izan yakin tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati. Samada kita menggunakan rawatan model atau rawatan alternatif pasti ssesuatu penyakit itu boleh diubati. Penawar adalah asbab kesembuhan, dan kesembuhan itu datangnya daripada Allah S.W.T.


Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee 
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com
FB Page : Health & Beauty Center



Blog, Updated at: Sunday, June 08, 2014

3 comments:

  1. Menakutkan juga penyakit tiroid nie...

    ReplyDelete
  2. semua yang berkaitan dengan penyakit semua menakutkan kan..kalau selsema sikit-sikit tu takde lah takut..hihi

    ReplyDelete