Bahana Pil Kurus - Sembelit

Posted by

Kejap je dah nak tengahari.. Hari ni kerja lebih sikit sebab ibu buat mee siput 15kg.. Masuk kerja jam 8.00 pagi, abis kerja jam 10.30 pagi.. Sebelum mula kerja sempat telan 4 biji Alfalfa untuk kesihatan dalaman dan detok toksin.. Dah siap buat mee baru sarapan.. Alfalfa ni kalau dimakan sebelum makan boleh mengurangkan selera makan, dan bila dimakan selepas makan akan memberikan rasa berselera nak makan.. Jadi, izan prefer ambil selepas makan.. Lagi satu sebab, lepas makan izan ambil Vitamin C dan B-Complex.. Rasa macam banyak sangat nak telan sekaligus, so izan bahagi-bahagikan waktu untuk makan vitamin-vitamin tu semua..


Izan bukan nak cerita pasal vitamin-vitamin izan tu semua tapi nak kongsikan kisah pil diet.. Baru-baru ni, izan ada berborak dengan seorang kawan.. Akhir-akhir ni ramai yang bercerita tentang masalah membuang air besar (sembelit).. Apa sebabnya berlaku sembelit ni?. Najis terhasil daripada apa yang kita makan.. Kucing izan kalau makan jagung, berak pun akan keluar jagung.. haha.. Serupa juga dengan manusia.. Apa yang kita buang adalah apa yang kita makan setelah makanan-makanan tadi diproses dalam perut.. 

Apa yang berlaku pada kawan izan ni, dia mengalami sembelit sebab makan pil kurus.. Sebelum makan pil kurus tak pernah mengalami masalah sembelit.. Apa yang berlaku sebenarnya?. Sembelit boleh berlaku disebabkan kekuranagan air dalam badan.. Najis jadi keras.. Kebarangkalian pil yang dimakan bersifat panas dan memerlukan air yang banyak dalam badan.. Ibu izan seorang pengamal jamu.. Jamu ni semua orang tahu sifatnya panas.. Kebiasaan orang dalam pantang bersalin disuruh makan jamu supaya badan panas dan sihat (set berpantang - alternatif). Anak dara tak digalakkan ambil jamu dalam kuantiti yang banyak, ada yang kata boleh mengeringkan peranakan (tak boleh mengandung). Bila makan jamu dan kurang minum air, boleh menyebabkan susah nak membuang air besar dan juga ulser (orang jawa panggil lompangan).


Jadinya di sini, sebarang pil atau vitamin yang hendak dibeli dan dimakan kenal pasti dahulu apa ramuan utama dalam pil tersebut dan pastikan selamat digunakan.. Dapatkan khidmat nasihat dan dapatkan maklumat yang betul dari penjual.. Jangan main beli dan makan.. Dikhuatiri mengalami masalah-masalah yang tidak diingini.. Jangan sebab nak kurus lain pulak jadiknya.. Nak kurus atau langsing ada banyak cara.. Apa yang penting adalah amalkan gaya hidup sihat dan juga boleh mengambil vitamin bagi membantu proses pemecahan lemak dalam badan (set kurus). Yang penting jangan mudah putus asa dan istiqamah baru akan nampak hasil yang memuaskan.


Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee 
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com





Blog, Updated at: Thursday, June 12, 2014

0 comments:

Post a Comment