Angin Menderu, Tanda Nak Hujan

Posted by

Siang tadi panas terik, malam ni angin kuat.. Alhamdulillah, sejuk tidur malam ni.. Pakat-pakat tarik selimut lah ye.. Sejuk-sejuk ni godaan tidur jadi lebih kuat dari biasa untuk bangun malam bertahajud.. Silap-silap sedar dah subuh.. Cobaan.. Tapi, barang siapa yang dah berniat nak bangun tahajut, tetapi tak terjaga, dapat juga pahala.. Tapi jangan lah asyik tak bangun je pulak..



Banyak kelebihan dan juga manfaat daripada bangun tahajud ni.. Salah satunya adalah diampunkan dosa bagi sesiapa yang meminta keampunan daripada Allah.. Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah :

  1. Jauh daripada segala penyakit
  2. Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  3. Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  4. Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)


Sementara empat perkara di akhirat ialah :
  1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  2. Dipermudahkan hisab
  3. Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Baginda menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Di bulan Sya'ban yang mulia ni boleh lah kita mula latih diri untuk bangun malam agar di bulan Ramadhan nanti kita dah terbiasa bangun malam.. Mudah-mudahan kita berpeluang menemui malam Lailatulqadar..


Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee 
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com


Blog, Updated at: Wednesday, June 11, 2014

0 comments:

Post a Comment