Air Kanji - Anak Sihat

Posted by

Anak tak mahu makan nasi, makan 3 4 sudu dah tak mahu makan.. Pernah tak alami situasi macamni.. Izan tak pasti apa puncanya sebab ibu selalu cakap kita sebagai mak yang ajar anak-anak kita makan.. Bukan mudah ye nak jadi ibu atau mummy ni.. Anak-anak sekarang tak macam anak-anak dulu.. Mereka lebih cepat, orang lata lebih exposure dari kaya tv, internet dan sebagainya.. Cabaran seorang ibu, kena lebih kreatif bagaimana hendak menarik minat anak-anak ni supaya mereka mahu makan makanan yang kita masak, makanan yang berzat, makanan yang berkhasiat.. Jadi, bila buat check up tak ada lah doktor cakap anak kita tak cukup zat.. 


Ini adalah petua yang ibu amalkan masa adik izan yang bongsu tu kecil.. Orang yang datang ke rumah mesti akan cakap sihatnya, bagi makan apa.. Orang dulu-dulu memang kaya denga petua kan.. Apa yang ibu amalkan adalah bagi adik izan minum air kanji a.k.a air tajin.. Tak tahu air kanji tu apa?. Kalau kita masak nasi, sebelum nasi tu masak ada air kan, air nasi tu lah yang kita panggil air kanji.. Air tu tawar, nak bagi sedap tambah gula secukup rasa dan boleh jugak tambah garam sikit.. So, akan memberi rasa lemak-lemak manis.. Serius sedap.. Kalau anak kita tu masih minum guna botol, masuk kan je air kanji ni dalam botol susu tu, kalau tak pun minum je lah dalam cawan.. Senang je kan..


Selain air kanji, boleh juga bagi anak-anak minum madu.. Izan badan kalah dengan madu, dah lama tak minum madu.. Madu ada banyak jenis, yang panas dan ada juga yang tak panas.. Izan tak boleh minum madu jenis panas.. Temperature naik nanti hidung berdarah.. Mengada-ngada betul kan.. haha.. Bagi lah anak-anak kita makan makanan sunnah.. macam kismis, kurma, habatul sauda.. Banyak khasiatnya makanan-makanan sunnah ni.. Niatkan ambil makanan ni untuk amalkan sunnat dapat pahala.. dan yang pasti dalam sunnah ada kejayaan.. di dunia mahupun di akhirat..


Dah bagi minum air kanji, dah bagi makan makanan sunnah, boleh juga kalau nak bagi anak-anak Meal Shakes Shaklee.. Meal Shakes diperbuat daripada soya non-GMO.. Bila diperbuat daripada soya, automatik ia adalah protein.. Kenapa izan sarankan Meal Shakes sebab ia kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.. Kita boleh panggil Meal Shakes ni snek sihat untuk kanak-kanak membekalkan nutrisi lengkap.. Bukan saje untuk kanak-kanak, orang dewasa juga boleh mium sekalai.. Beli untuk anak, mak ayah pun boleh tumpang minum sekali.. 

Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee 
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com



Blog, Updated at: Monday, June 16, 2014

0 comments:

Post a Comment