Aku, Kau dan Dia

Posted by

Sebuah kisah cinta..

Pertemuan itu mengubah segalanya.. Pertemuan itu aturan tuhan.. Pertemuan itu umpama sinar mentari dipagi hari yang menerangi segenap pelusuk alam.. Amat bermakna pertemuan ini.. Walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui, rasa kasih dan sayang mengukuhkan hubungan ini.. Tiada yang dapat memisahkan satu hati dua jiwa ini.. Kasih ini terlalu dalam di dasar hati.. Angin berderu menyampaikan salam rindu yang terbuku di hati.. Tidak tertahan air mata terus mengalir menangisi pertemuan ini..

Aku amat mengasihi diri mu..

Dua tahun masa berlalu, semuanya terlalu pantas berlalu.. Tetapi perasaan ini masih kekal di sini seolah-olah baru semalam peristiwa itu berlaku.. Kau harapan ku, kau kegembiraan ku, kau kekuatan ku.. Kini kau berada jauh.. Tidak tergapai tangan ini untuk berada dekat di sisi mu..

Kini kau telah miliki dia..

Dia yang tidak ku kenali.. Dia yang terlalu asing dalam hidup ku.. Tiada ungkapan kata yang mampu diucap selain ucapan "TAHNIAH DAN SEMOGA BERBAHAGIA".. Walaupun sedikit kesal dan rasa dikhianati, tetapi ku tahu semua ini punya alasan yang tersendiri.. Kesedihan ini pasti berpenghujung..

Dua tahun masa berlalu..

Kau masih bertanya khabar ku.. Masih berbaki rindu dan sayang dihati.. Hati ku juga masih belum dimiliki.. Bukan tidak mahu mencari pengganti, tetapi kau masih segar di hati.. Melalui segala perit getir, suka duka tidak menjadi sebab untuk ku membenci mu.. Walaupun hati ini terluka, namun tidak mampu ku membenci dan membuang diri mu.. 

Ku amat menghargai diri mu..

Ku amat menyayangi diri mu.. Ku tidak mahu membeza-bezakan diri mu dengan yang lain.. Kau terlalu istimewa bagi ku.. Pertemuan yang singkat ini amat terkesan di hati.. Kebahagian yang singgah amat ku syukuri walaupun pinjaman sementara.. Kenangan yang tercatit tidak pernah terpadam dalam memori ingatan.. Kekal menjadi lakaran dalam hidup ini..

Ungkapan mu ini akan ku lipat kemas dalam kotak hati ku..

"Abang nak ling sentiasa ingat abang sentiasa rindu dan sayangkan ling selamanya"

Walaupun tidak ku ketahui isi sebenar hati mu..

tetapi Allah mengetahui setiap isi hati kita..

Siapa pun yang kau sayang dan rindu..

Kau tetap pernah menjadi insan yang ku sayangi dan ku rindui

Buat insan yang ku sayangi..
Insan yang menyayangi diri ku..
Insan yang berbuat baik kepada ku..
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua

Jangan kita memutuskan sillaturahim yang sekian lama terbina 
dengan sebab terjalinnya sebuah sillaturahim yang baru..
Tiada siapa yang mengetahui bagaimana kesudahan kehidupan kita..
Sayangi lah saudara-saudara kamu 
sebagaimana kamu menyayangi diri kamu..





Salam sayang dan rindu..

Salam berjauhan..



Blog, Updated at: Sunday, August 26, 2012

1 comments:

  1. To all my friends yg bertanye berkaitan post ni, kisah cinta ini tidak ada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah mati.. Jangan bikin panas, kurangkan kontroversi..fuuhhh..

    ReplyDelete