Etopik - Mengandung Luar Rahim

Posted by

Assalamualaikum

12 hari delay period tapi check UPT negatif. Selagi tak turun darah selagi tu lah risau. 3 tahun usia perkahwinan, sekali merasa mengandung. Itu pun cuma bertahan 8 week. Boleh baca sini.

Tak pernah menduga, selepas sebulan keluar dari wad Doktor sahkan keguguran masih berlaku pendarahan berpanjangan. Ingatkan perkara biasa. Selepas sebulan tiba-tiba perut izan krem & sakit Masya Allah. Terbaring jer menahan sakit.

Keesokan nya suami bawa check kat klinik. Doktor scan perut. Rahim normal tak tebal tapi doktor tetap buatkan surat refer ke hospital. Masa ni dah tak sakit. Tapi pergi jugak ke hospital dan tunggu giliran kat bahagian pesakit luar.

Gambar scan 

Lepas check kat bilik saringan, doktor suruh masuk wad. Sekali lagi doktor scan tapi kali ni bukan scan perut tapi scan dari bawah. Doktor yang check izan sangat lah bersopan siap minta maaf bila nak masukkan kamera. Doktor terus detect izan pregnant luar rahim ada darah beku kat tiup tapi dah tak aktif. Doktor berkali-kali tanya izan sakit ke tak. Kalau sakit terus boleh buat emergency operation. Masa tu memang tak sakit jadi doktor tunggu laporan sample yang keluar masa izan keguguran haritu dari hospital sebelum nie. Masa tu izan masuk hospital lain, yang ni kat hospital pakar. Doktor pun pelik kenapa dah sebulan baru refer hospital pakar. Lagi satu macamana boleh pregnant sedangkan dah keguguran. Izan pun tak ada bersama suami dalam tempoh tu sebab darah tak habis lagi. Lepas scan, doktor ambil darah untuk check HCG.

Doktor pelatih ni baik sangat.

Lama jugak tunggu result. Check in wad tengahari sampai ke malam baru dapat keputusan. Bila masuk wad tengahari dah tak dapat makan. Masa tu PKP pulak nya. Suami tak boleh naik kat wad. Hantar makan pun kat guard bawah.

Malam tu doktor datang bagitahu result HCG izan tinggal dan confirm izan kronik etopik. Kebiasaannya pesakit datang ke hospital dalam keadaan sakit dan terus buat operation sebab bahaya etopik bila pecah boleh tumpah darah dan membahayakan nyawa. Alhamdulillah syukur, kes izan ni antara kes yang rare sebab etopik tu dah tak aktif.

Malam tu memang sedih, sebab esok pagi nak operation. Izan what's app ibu minta maaf semua. Minta maaf kat suami. Sedih takut semua ada. 

Esok paginya, nurse datang cucuk jarum drip kiri kanan. Tukarkan baju, barang kemas semua cabut. Sempat jumpa suami sebelum tolak ke OT. Sampai OT Masya Allah sejuk. Doktor injet apa entah tak sampai seminit izan dah tak sedar. Sedar sedar dah siap & sakit yang amat sakit. Dengan sejuknya. Tak berhenti ucap Ya Allah sakit Ya Allah.

Kronik Etopik

Selesai kat OT nurse tolak bawak masuk wad. Sampai wad tak boleh makan sampai lah dah kentut sebab untuk pastikan usus tak tidur dan berpungsi seperti biasa. Masya Allah, dah lah lapar seharian tak makan. 2 hari jugak izan berlapar. Hanya mampu berdoa Ya Allah nak kentut Ya Allah. Dekat wad pun tak boleh baring jer kena bergerak-gerak bagi air yang bercampur darah dalam badan tu keluar. Lambat habis nanti lambat lah keluar hospital. 

Alhamdulillah selepas 6 hari doktor benarkan izan discharge dengan nasihat supaya tak pregnant dalam masa 6 bulan ke setahun. Masa yang mendebarkan setiap bulan tunggu kedatangan period. Lepas habis tempoh tu sampai sekarang izan masih belum berjaga pregnant. Moga Allah berikan kesempatan untuk izan merasai nikmat mengandung walaupun tiup sebelah kanan izan rosak dah terpaksa dibuang. Kilang telur tinggal sebelah kiri jer. Tiada yang mustahil bagi Allah, cepat atau lambat, ada atau tiada belajar syukur dan redho.





Blog, Updated at: Thursday, July 28, 2022

0 comments:

Post a Comment