Kenapa Vitamin Tak Berkesan

Posted by

Setiap orang yang mengambil vitamin mendapat kesan yang berbeza-beza bergantung pada badan masing-masing.. ada sesetengah orang mendapat hasil yang cepat dan ada pula yang mendapat kesan yang lambat.. dan ada juga sesetengah pengamal vitamin yang tidak mendapat apa-apa kesan daripada pengambilan vitamin.. ada banyak sebab kenapa vitamin tidak berkesan.. jom kita terjah apa punca VITAMIN ni TAK BERKESAN..


KES SATU :

Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

PUNCA : MALAS MINUM AIR 

Golongan ini adalah golongan yang kurang minum air atas alasan malas ke tandas dan juga golongan yang memang tak suka minum air masak.. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia.. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air.. keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa-apa supplement.. Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan.. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam..

KESIMPULANNYA : Kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal..



KES KEDUA :

Pengambilan supplement membuatkan susu saya pekat tetapi kurang dari segi kuantiti.

PUNCA : KURANG MINUM AIR

Ini adalah kesan normal bagi mereka yang baru dengan supplement.. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang sekata dan banyak. Seperti yang kita sedia maklum setiap badan adalah tidak sama.
Macam ibu sendiri.. ibu suka makan vitamin sekaligus pada waktu malam after dinner. Tetapi sebelum tido ibu pastikan ibu minum 2 liter. Alhamdulillah nampak gaya Addin dan Nasa pun dah ikut jejak ibu sebelum tido minum air kosong sebanyak boleh..

Ada orang yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya.. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10 pagi dan 1 tengahari adalah pekat dan sedikit in term of kuantiti.. Namun kuantiti susu perahannya akan back to normal selepas jam 5 petang dan perahan berikutnya.

Mengapa ianya terjadi?
Ini kerana kepekatan darah adalah dikemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2 petang.. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air.. namun selepas jam 2 petang si ibu mula minum semula pada kadar yang lebih seimbang.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?
Jika kalian adalah ibu yang mempunyai masalah dalam kes ini apa yang boleh ibu sarankan ialah:
Selepas makan pagi, amik mana-mana 2 jenis vitamin dalam set B.. Manakala bakinya diambil selepas makan tengahari.. ini akan membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa..

Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, ibu akan menjawab ibu mengambil waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur namun ibu sentiasa memastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum ibu tidur. Sehingga kini sudah menjadi amalan bagi ibu walau tidak menyusu lagi.. alhamdulillah.

KESIMPULANNYA : Kes kedua ini adalah kerana ketidakseimbanagn pengambilan air..



KES KETIGA :

Tiada perubahan langsung

PUNCA : PENGAMBILAN KAFIEN DAN TIDAK KONSISTEN

Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan muhasabah atas check list atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?

Ada satu kes yang mana si ibu ini tidak mendapat apa-apa manfaat langsung dari pengambilan vitamin..

Setelah ditanya dan diselidiki.. si ibu ini adalah golongan peminum kopi yang tegar.. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu diirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk.. tanpa disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya.. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa-apa ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.

Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar.. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat.. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah

KESIMPULANNYA : Kes ketiga ini adalah kerana pengambilan kafien yang berlebihan dan pengambilan vitamin yang tidak konsisten..

Jadinya di sini, kalau korang rasa vitamin yang diambil belum menampakkan kesan, check kalau-kalau korang termasuk dalam mana-mana kes di atas ni.. tetapi jika tidak, teruskan pengambilan secara konsisten dan bersabar menunggu hasilnya.. setiap usaha pasti ada kejayaan.. 

sms/watsapp/wechat/line: 013-6783854
email: nurizanahmad@yahoo.com


Blog, Updated at: Sunday, June 01, 2014

0 comments:

Post a Comment