Mee Goreng - Mee Siput Sedap

Posted by

Lama tak share resepi.. Untuk mereka yang masih belum mengenali mee siput a.k.a mee sanggul, izan nak kongsikan resepi baru.. mee siput ni terkenal di Johor dan terdapat banyak di Muar.. kebiasaannya mee siput digoreng seperti keropok dan dihilangkan bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal kicap..memang marvelous.. tapi kali ni mee siput ni akan dibuat mee goreng.. jom kita masak..

mee siput mentah.. 
nak beli dengan izan pun boleh..hihi (013-6783854)

rebus mee supaya mee lembut.. 
tak payah tunggu air menggelegak, masukkan je terus..

bahan-bahan untuk menumis..
bawang putih, merah, halia dan cili ikut suka nak banyak mana..

panaskan minyak dan tumis bahan yg dah diblend..

ni dia rupa mee yang dah direbus..

bila lada korang dah masak boleh lah masukkan 
kicap, garam, perasa dan telor..

kemudian, masukkan mee dan gaul rata..

kemudian, masukkan sayur ikut suka lah 
taugeh ke sawi ke..yg ni kubis..hihi

dah siap.. tengok pun dah tahu sedapkan..haha

Sesiapa yang tak kenal mee siput sila-sila lah berkenalan.. sesiapa yang baru berkenalan, selamat berkenalan.. sesiapa yang dah kenal, cuba-cuba lah resepi ni.. sedap engkau.. tak yah dah beli mee kuning.. beli je mee siput leh simpan tahan lama (ter promote lah pulak)..haha..

 


Blog, Updated at: Saturday, May 24, 2014

0 comments:

Post a Comment