Siapa sangka setelah sekian lama mencari cinta,
akhirnya Allah anugerahkan seorang insan untuk hadir dalam hidup ini.
Setiap orang dianugerahkan jalan cerita cinta yang berbeza. Dan setiap cerita pasti
tidak lari dari epilog suka dan duka.
Tanggal 30 Mac 2018 menjadi saksi terjalinnya sebuah ikatan pertungan antara dua insan.
Semoga Allah memberikan kasih sayang Nya ke dalam hati mereka, agar dapat
mereka berkasih sayang kerana Allah serta dipermudahkan perjalanan menuju ke alam
rumahtangga kelak. Ajal maut, jodoh pertemuan tidak pernah cepat atau lambat walau sesaat.
Semua adalah rahsia Allah. Bersyukur atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan.
"Saya harap awak dapat sayang saya, jaga saya sebagaimana awak sayang dan jaga diri awak.
Selagi awak taat perintah Allah, saya juga akan taat dengan awak hingga akhir hayat."
Mencari jodoh ke serata negeri, akhirnya bertemu di negeri sendiri.
Siapa sangka yang dicari selama ini ada di depan mata.
0 comments:
Post a Comment