Bahaya Cinta Siber

Posted by

Salam semua..

Dikesempatan yang ada ni, belum terlambat rasanya izan nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam terutama kepada ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan terutamanya pengunjung blog izan yang tak seberapa ni.. maaf zahir dan batin..

Walaupun sibuk beraya, tapi tangan tak pernah lekang pegang gadget.. betul tak?.. agak sedih jugak, bila saudara-mara berkunjung ke umah izan, sepupu-sepupu yg belasan tahun terutamanya tak angkat muka, semua tunduk ngadap hanphone.. apa yang diorang ngadap entah.. yang dah berkeluarga ni kurang sikit pegang hanphone.. masing-masing pegang anak..hihi

Ok, izan nak kongsi cerita sikit kat sini pasal cinta siber.. sepanjang izan aktif blogging, Alhamdulillah, kawan-kawan yang izan kenal dari internet semua baik-baik.. dan banyak jugak ilmu yang izan dapat dari perkongsian mereka.. cuma bila sebut pasal cinta siber ni banyak perkara perlu dipertimbangkan.. memang ada pasangan suami isteri yang berkenalan dari Facebook, Twiter, Instagram, Hangouts dan sebangainya hidup bahagia.. tetapi banyak juga kes-kes penipuan yang berlaku di internet ni.. kadang tu dah berhati-hati pun tetap terkena.. Allah nak uji.. ujian kehidupan tiada siapa yang tahu bila dan bagaimana..

Kisah benar ni berlaku pada kawan izan sendiri.. berkenalan melalui sebuah laman web carian jodoh temanhidupku.com. lelaki yg dikenali sebagai Firdaus menetap di UK, berasal dari Singapore rupanya seorang penipu.. bila bertanya kepada organizer lawan web tersebut, mereka menyakui memang terdapat banyak aduan dari ahli web tersebut mengatakan mereka telah ditipu oleh individu-individu tertentu.. bahaya kan.. nasib baik kawan izan ni tak bagi pun apa-apa duit lagi.. Lagi satu kisah ni juga benar-benar berlaku.. berkenalan melalui google hangouts.. lelaki tersebut mengaku sebagai anak saudara Ustaz Noh Gadut.. dan keluarga Ustaz Noh sendiri yang membuat pengakuan terdapat banyak kes penipuan, sedangkan mereka tak kenal pun nama-nama individu tersebut..

Cinta Siber, Penipuan Internet, Cari Jodoh


So, macamana nak tahu seseorang tu penipu atau pun tidak? 

Ini hanya pendapat peribadi izan berdasarkan pengalaman.. korang boleh nilai sendiri bila korang berkenalan dengan seseorang di laman sosial yang menjanjikan cinta bahagia hingga ke syurga.. tak semua orang jahat.. cuma kerana nila setitik, rosak lah susu sebelanga.. berhati-hati sebelum terkena.. yang mana dah terkena, belajar untuk redha dengan ketetapan Allah serta muhasabah diri.. setiap musibah yang berlaku pasti ada rahmat yang ada datang.. dan Allah menjanjikan syurga bagi orang-orang yang sabar.. balasan Allah itu pasti ke atas setiap perbuatan yang dilakukan..


Antara Tanda-Tanda Penipuan Cinta Siber:

1. Menggunakan gambar palsu (agak susah nak kesan sebab tak kenal mereka)
2. Mengaku bekerja kerajaan atau berjawatan tinggi.
3. Menggunakan nama-nama orang terkenal/ustaz sebagai sandaran.
4. Menggambarkan kehidupan mereka yang mewah (miliki rumah besar, orang gaji, dll)
5. Berpewatakan alim (lumrah manusia inginkan pasangan yg baik)
6. Mengungkapkan lafaz cinta seawal perkenalan (belum kenal dah jatuh cinta)
7. Menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan.
9. Sering memberi alasan bila diajak berjumpa keluarga (alasan nanti lah)
10. Tidak aktif di media sosial (takde FB, IG, Twitter dll)
11. Jarang-jarang menceritakan perihal diri dan keluarga.
12. Tidak mahu beri alamat rumah/office dengan pelbagai alasan.
13. Tidak mahu beri nombor telefon ahli keluarga bila diminta.
14. MEMINTA WANG!!
15. MINTA DAN MINTA WANG LAGI (tak cukup sekali)

Cinta, Cari Jodoh, Cinta Siber, Bahaya Cinta Siber

Jika individu yang korang kenali mempunyai tanda-tanda yang tersenarai di atas, sila berhati-hati.. korang berkemungkinan sedang ditipu.. jika korang dah terbagi mereka duit, sila hentikan serta merta.. siasat betul-betul siapa mereka sebenarnya..


Blog, Updated at: Thursday, July 14, 2016

2 comments:

  1. Jodoh saya melalui cinta cyber... Memang betul... Tak semua jahat... Tapi nak dapat yg betul tu memang mencabar dan dapat kenal dengan pelbagai perangai manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul maria.. semua bergantung pada rezeki masing-masing kan.. kawan-kawan yang baik & jodoh yang baik tu pun salah satu rezeki Allah nak bagi kan..

      Delete