Panduan Pengiraan Kalori - Gemuk atau Kurus

Posted by

Salam semua..

Ada sorang kawan izan ini tanya kenapa berat badan dia tak naik-naik walaupun dah makan makanan tambahan.. orang lain nak turunlan berat badan, si kawan ni nak naik kan berat badan pulak.. dalam kita nak naik kan atau turunkan berat badan ni, perkara pertama yang paling penting makan makanan berkhasiat.. Kedua pengambilan kalori.. Ketiga exercise atau senaman.. korang nak gemuk ke nak kurus ke senaman ke buat.. yang ringan-ringan pun dah ok..

Penentuan makanan yang sihat, korang ikut je piramid makanan tu.. makan fast food banyak macamna nak sihat kan..



Senaman yang paling senang turun tangga opis korang tak pun umah korang.. itu pun kalau ada tangga lah.. takpun buat lah kerja-kerja rumah yang penting tak duduk je sepanjang hari, peluh pun langsung tak keluar.. 

Seterusnya kalori, samada korang nak kurus ke nak gemuk ke korang nak tak nak kena tahu serba sedikit tentang kalori ni.. bagi yang nak naik kan berat badan atau senang cerita nak gemuk mesti ambil lebih kalori berbanding Daily Calorie Requirement (DCR).

Macamana nak kira?? tengok sini.. First korang kena kira dulu Basic Metabolic Rate (BMR).. BMR adalah jumlah tenaga minimum yang digunakan oleh  badan untuk keperluan jantung dan organ dalaman berfungsi dengan baik.. kemudian baru kira  Daily Calorie Requirement (DCR). kalau korang nak maintain badan, ambil kalori bersamaan dengan DCR korang.. kalau nak gemuk, ambil kalori lebih dan kalau nak kurus ambil kalori kurang dari DCR.. ok, faham..

Formula kiraan BMR:
  • Perempuan : 655 + (9.6 x berat badan kg) + (1.8 x tinggi cm) - (4.7 x umur)
  • Lelaki : 66 + (13.7 x berat badan kg) + (5 x tinggi cm) - (6.8 x umur)
Formula kiraan DCR:
  • Kurang/tidak bersenam, kerja di meja : BMR x 1.2
  • Senaman ringan/bersukan 1-3 hari seminggu : BMR x 1.375
  • Senaman berat/bersukan 4-6 hari seminggu : BMR x 1.725
  • Senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal 2 kali sehari : BMR x 1.9
Ni izan punya BMR & DCR
  • BMR : 1,224.2
  • DCR : 1,4699.04
ok, dah siap.. kesimpulannya, jumlah tenaga minimum yang badan izan perlukan adalah 1,224.2 manakala jumlah kalori yang izan perlu diambil untuk maintain berat badan 1,4699.04.. kalau nak gemuk up kan pengambilan kalori, kalau nak kurus kurangkan DCR..

Next step adalah korang kena tahu BMI untuk tengok korang ni under weight, normal atau over weight.. then, baru boleh plan diet korang..

Formula BMI :  






Blog, Updated at: Sunday, October 05, 2014

2 comments: