Bila ada parut rasa tak sempurna sebab ada calar kat anggota badan kan.. Kadang-kadang tu kulit gatal-gatal kemudian kita garu sampai luka dan tinggalkan parut hitam.. Ni yang kita tak nak.. Parut jerawat, parut luka memang susah nak hilang.. Macam-macam cara dah guna, guna minyak bio oil lah, sapu losyen lah.. Yang ni izan pernah buat dan memang berkesan.. Tangan izan terkena penapis minyak, masa tu penapis minyak tu panas.. Bila terkena tu tangan jadi melecur.. Pada mulanya izan amalkan apa yang orang-orang tua pesan sapu dengan garam dan jangan basuh tangan tu.. Lepas tu izan ambil pokok lidah buaya dan sapukan pada tangan yang melecur tu.. Serius cakap, cepat je kering tempat yang melecur tu dalam sehari dua.. Izan masih lagi sapu lendir lidah buaya tu sampai lah tempat melecur tu betul-betul baik.. Takda sedekit pun parut yang tinggal akibat melecur tu.. Best kan.. Kalau yang duduk kampung tu tanam-tanam lah pokok lidah buaya ni.. banyak manfaatnya.. Nanti izan kongsikan manfaat pokok lidah buaya ni pulak..
Tapi yang duduk bandar tu, kalau rasa macam susah nak tanam pokok lidah buaya ni jangan risau, kerana banyak produk-produk yang dijual dipasaran yang berasaskan lidah buaya ni.. dan mudah tuk diguna.. Selain dari lidah buaya untuk hilangkan parut, banyak lagi petua-petua yang boleh diamalkan.. Antaranya menggunakan kulit kayu manis dan biji asam jawa..
Yang nak gunakan cara moden untuk hilangkan parut boleh amalkan Vitamin E.. Vitamin E selain dapat membantu menghilangkan parut, juga merupakan vitamin anti penuaan.. Bagi lelaki pulak amat membantu dalam menghasilkan sprema yang sihat.. Yang dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak boleh cuba amalkan vitamin E..
Selain Vitamin E, protein soya ESP Shaklee juga boleh membantu menghilangkan parut.. Yang ni pun izan sendiri alami.. Biasalah sedap menggaru, tak sedar kaki dah terluka dek kuku yang menggaru.. Tapi izan perasan, parut dari luka tu cepat pudar dari sehari ke sehari.. Asbab izan amalkan ESP.. Izan juga ada amalkan Vitamin C.. Vitamin C ni cepat sembuhkan luka.. Kalau dah menggaru tu mesti lah luka kan, kalau tak luka macamna boleh ada parut kan..
So, korang boleh amalkan mana-mana yang korang suka.. Nak guna lidah buaya boleh, vitamin E pun boleh, ESP pun boleh.. Selamat mencuba lah yek.. Kalau dah berkesan, boleh lah kongsi cerita dengan izan..
Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com
FB Page : Health & Beauty Center
0 comments:
Post a Comment