Jangan Pernah Membenci

Posted by

Lagi-lagi Shaklee, Lagi-lagi Shaklee. Benci lah aku. Diorang ni asyik promote Shaklee je. Dah tu sumber pendapatan diorang, memang lah diorang hari-hari promote. yer dak?. Hari-hari makan nasi, tak pulak benci kat nasi. Sebab tu adalah makanan wajib kita. Tak makan rasa macam nak mati kan. haha

Jangan pernah membenci sesuatu, dikhuatiri nanti kita akan menyukainya. Biasa tak tengok drama mak benci anak. Suka anak yang sorang tu, benci pulak anak yang sorang ni. Tapi akhirnya bila mak dah tua dah tak sihat dah tak boleh jalan, anak yang dia benci tu jugak yang jaga makan minum ubat semua. Macam izan sendiri izan tak suka mengajar. Eeh tak sukanya tak sukanya. Tapi Allah bagi banyak peluang izan ke arah tu. Syukur diberi peluang tau, bukan semua orang boleh mengajar. hihi

Kita disuruh bersederhana dalam semua perkara. Jangan sampai kita berlebih-lebihan. Barangkali sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita, dan sesuatu yang kita tak suka tu jauh lebih baik dari yang kita suka. Izan ada baca dalam satu buku ni disebutkan Allah juga melihat kepada kemaslahatan kita dalam memakbulkan doa-doa kita. Doa yang Allah tidak makbulkan itu akan digantikan dengan sesuatu diakhirat kelak. Kita sebagai hanba Allah jangan bersedih jika doa kita tak dimakbulkan kerana Allah lebih tahu yang terbaik buat kita. Dan yang pasti Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Yang lebih penting adalah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah berikan pada kita sepanjang usia kita di muka bumi Allah ni.



Nurizan Ahmad
Pengedar Sah Shaklee 
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com


Blog, Updated at: Monday, June 09, 2014

1 comments:

  1. Tanamkan minda positif, Insha Allah hidup kita tenang... Penyakit benci, dengki, iri hati nie kekadang boleh merosakkan diri kita sendiri :)

    ReplyDelete