How to Make Bergedil

Posted by

Bergedil..

Dari utara ke selatan..tak jumpa lagi rasa bergedil yang sama macam yang aku buat ni..
Tiap kali makan kat kedai and beli bergedil ni, macam-macam rasa ada..
and tak ada satu pun yang menepati cita rasa makanan kegemaran ku ini..
apa benda yang diorang bubuh pun aku tak tahu..

Jom kita tengok resepi bergedil ni..


Resepi Bergedil
Bahan-bahannya :
- Kentang (dikupas kulit dan dipotong 4)
- Bawang besar (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Lada hitam (ditumbuk/dikisar)
- Garam
- Telur 
- Minyak

Cara Memasaknya :
- Kentang yang telah dipotong direbus ataupun boleh juga digoreng.
- Panaskan minyak dan goreng bawang besar dan juga bawang putih sehingga kekuning-kuningan..kemudian angkat dan toskan..
- Kentang yang sudah masak dilenyekkan sehingga hancur, taburkan sedikit garam dan juga lada hitam yang telah ditumbuk..kalau rasa-rasa malas boleh beli serbuk lada hitam..
- Setelah garam dan lada hitam sebati dengan kentang, masukkan bawang goreng dan gaul rata.
- Kemudian kepal-kepalkan kentang menjadi bentuk bulat..
- Panaskan sedikit minyak, celupkan bergedil ke dalam telur dan goreng apabila minyak telah panas. Minyak jangan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan bergedil hancur semasa di dalam kuali.. Goreng jangan terlalu lama, angkat dan toskan minyaknya.

Siap untuk dimakan =)



- Untuk menghasilkan bergedil ayam atau daging hanya perlu campurkan ayam atau daging yang telah direbus bersama-sama kentang. Boleh juga dicampur bersama daun bawang bagi yang suka..

Aku suka letak bawang goreng banyak-banyak..memang sedap..hihihi

Selamat mencuba resepi ku ini =)






Blog, Updated at: Tuesday, September 25, 2012

0 comments:

Post a Comment