Permohonan BR1M 2015

Posted by

Salam semua..


Kita semakin berada di penghujung tahun 2014.. berbagai-bagai cerita yang telah dilalui sepanjang tahun ini.. dan seperti yang telah diwar-warkan oleh kerajaan dalam budget 2015, rakyat Malaysia sekali lagi akan diberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada tahun hadapan.. Permohonan / kemas kini BR1M 2015 boleh dibuat di e-BR1M.. Kegagalan membuat permohonan semula / kemas kini akan menyebabkan permohonan tidak diproses.



Apa yang menggembirankan rakyat, kadar bayaran BR1M 2015 telah dipertingkat dan diperluaskan..


  1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari RM650 kepada RM950.
  2. Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM450 kepada RM750. 
  3. Individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. 
Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015:
Akan mula dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada hanya perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.

Permohonan atau Muat Turun Borang Boleh dibuat di sini e-BR1M


Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2015

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua isi keluarga / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke atas 
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang dan berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan kebawah
  • Penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori bujang.

Kadar Bayaran BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015


  1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000, Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
  2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
  3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, RM350 akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.

Bonus Skim Khairat Kematian
Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.






Blog, Updated at: Friday, November 21, 2014

6 comments:

  1. Replies
    1. sama-sama.. mark kelander jangan lupa mohon kalau layak..

      Delete
  2. thanks for sharing...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html

    Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  3. sehingga sekarang saya belum pernah memohon untuk BRIM... tak mengapa lah.. cukup makan pakai.... sedekah kat orang lain lah

    salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. BR1M kan skim bantuan, jadi mereka yang rasa perlukan bantuan boleh lah memohon.. tak wajib pun mohon :)

      Delete