Petua Perbanyakkan Susu Ibu

Posted by

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak.. semua ibu yang melahirkan cahaya mata ingin membesarkan anak-anak dengan susu ibu.. kerana susu ibu adalah susu terbaik dan diikuti dengan susu kambing.. susu ibu adalah sebahagian rezeki dari Allah untuk anak-anak.. sedikit atau banyak perlulah mensyukuri setiap rezeki yang Allah berikan.. Sebagai manusia yang punya akal fikiran, menyerah sebelum usaha bukanlah suatu tindakan yang baik.. seorang ibu yang berazam untuk melengkapkan hak penyusuan anak-anak perlu berikhtiar serta berdoa untuk mendapatkan susu yang cukup untuk keperluan anak-anak sehinggalah cukup 2 tahun..

Bagaimana hendak memperbanyakkan susu ibu?
  1. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat mengikut waktu (sarapan, makan tengahari, makan malam).. makanan yang berkhasiat dan seimbang inilah yang digunakan oleh tubuh badan untuk menghasilkan susu.. jangan khuatir untuk mengambil makanan yang berat.
  2. Banyakkan meminum air.. Ini sangat penting.. susu ibu adalah air, kalau keperluan air dalam badan tidak cukup bagaimana hendak menghasilkan susu.. air juga bertindak untuk mengeluarkan toksik dalam badan.. ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang banyak..
  3. Mengambil supplement.. pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting..pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisma badan seimbang.. contohnya, pengambilan B-Complex membantu badan berasa tenang.. susu ibu lebih mudah terhasil dalam keadaan ibu yang gembira dan tenang berbanding ibu yang runsing dan keletihan.. pengambilan omega atau lecithin ketika tempoh penyusuan dapat membakar dan memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu.. manakala pengambilan alfalfa sebagai perangsang kepada tubuh untuk menghasilkan susu.. banyak lagi supplement lain yang diperlukan oleh ibu untuk memastikan badan berada dalam keadaan sihat untuk menghasilkan susu yang banyak..
  4. Amalkan pemakanan sunnah.. selain pengambilan supplement, bagi orang Islam amat digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sunnah.. kerana di dalam sunnah itu ada kejayaan iaitu kejayaan di dunia mahupun di akhirat..

Diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang sedang berusaha memperbanyakkan susu ibu.. Next entry izan akan kongsikan Tips Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu.. 



Nurizan Ahmad
SMS/WatsApp/WeChat/Line : 013-6783854
Email : nurizanahmad@yahoo.com


Blog, Updated at: Monday, June 02, 2014

0 comments:

Post a Comment