Diet Rasulullah

Posted by

Bagaimana cara makan rasulullah?. sebaik-baik ikutan adalah rasulullah s.a.w.. Untungnya sebagi umat Islam ni, bila kita mengamalkan segala yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w, kita akan memperolehi pahala. Samada cara makan nabi, cara tidur nabi, cara dakwah nabi, dan sebagainya. kenapa dapat pahala?. sebab kita mengamalkan sunnah nabi. Sebab itu dikatakan dalam sunnah ada kejayaan. bukan sahaja di dunia, alah di akhirat. contoh kita amalkan cara makan nabi, apa kejayaan di dunia yang kita dapat adalah kita hidup sihat.. kejayaan di akhirat kita dapat pahala, nabi akan kenal kita..

Jom tengok cara diet nabi..

1. Jangan makan susu bersama daging.
2. Jangan makan daging bersama ikan.
3. Jangan makan ikan bersama susu.
4. Jangan makan ayam bersama susu.
5. Jangan makan ikan bersama telur.
6. Jangan makan ikan bersama daun salad.
7. Jangan makan susu bersama cuka.
8 Jangan makan buah-buahan selepas makan nasi.

Fakta yang mengukuhkan sihatnya diet diamalkan Rasullulah :

(i) Dalam kitab :
 Larangan untuk makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
 Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.

(ii) Kajian saintis:
Dalam ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan pula mengandungi ion-,jika dalam suapan terdapat ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi tindak balas biokimia.. Tindak balas yang terhasil boleh merosakkan usus kita.


Selamat beramal ;)



Blog, Updated at: Wednesday, March 19, 2014

0 comments:

Post a Comment