Panduan Mengambil Supplement

Posted by

Salam & Selamat petang semua...

sementara menunggu masuk waktu solat Asar ni, terpanggil untuk menulis entry baru.. Akhir-akhir ni kita boleh lihat pelbagai supplement ditawarkan dalam pasaran ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.. Boleh atau tidak nak ambil supplement ni?? Siapa yang perlukan supplement?? Apa die kesan pengambilan supplement??

Sebagai pengedar sah supplement Shaklee, izan rasa bertanggungjawab untuk memberitahu kepada semua tentang pengambilan supplement ni walau apa jua supplement yang hendak diambil.. Boleh atau tidak nak ambil supplement ni bergantung kepada tahap kesihatan badan masing-masing.. apa yang perlu dibuat terlebih dahulu adalah berjumpa dengan pakar kesihatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.. supplement ni memberi kesan yang berbeza-beza mengikut tahap ketahanan badan masing-masing.. ada sesetengah individu yang mengamalkan supplement mendapat kesan yang positif.. tidak kurang juga ada yang mendapat kesan negatif.. dan yang pastinya testimoni dari pelanggan yang mendapat kesan negatif ini jarang-jarang didedahkan..

Bagi ibu-ibu yang mengandung, izan sarankan agar meminta masihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang set kehamilan.. kerana apa?? sebab ia bukan sahaja melibatkan tahap kesihatan ibu, tetapi juga bayi yang dikandung.. sesetengah supplement mungkin tidak sesuai dengan bayi atau mungkin juga boleh memberi risiko terhadap perkembangan bayi yang dikandung.. 

Selain meminta nasihat daripada doktor, boleh juga buat solat istikharah sebelum mengambil sebarang supplement.. Kita minta pertolongan daripada Allah, semoga keputusan yang kita ambil itu adalah yang terbaik.. jika hati terasa ringan untuk mengambil supplement then teruskan lah, tetapi jika sebaliknya mungkin ada baiknya setiap keputusan itu..

Satu perkara yang perlu kita yakin dalam setiap perbuatan kita adalah, Yakin Dalam Hati, Hanya Allah yang Berkuasa.. dan Makhluk tidak Punya Kuasa untuk Memudaratkan.. Setelah mendengar nasihat doktor dan dah buat solat istikharah, kemudian kita berserahlah kepada Allah.. Supplement juga sebahagian daripada makhluk.. jika kita mendapat kesan yang buruk daripada pengambilan supplement itu adalah datangnya daripada Allah atas asbab mengambilan supplement.. Jangan cepat marah atau salahkan mana-mana supplement itu tak baik ini tak baik.. muhasabah diri dan berdoalah semoga Allah beri kesembuhan..

Jika kita punya kekuatan, amalkanlah cara pemakanan Nabi.. 
Dalam sunnah itu ada kejayaan.. 
Jika tidak mampu untuk mengamalkan semua, buatlah sekadar yang termampu..







Blog, Updated at: Friday, February 21, 2014

0 comments:

Post a Comment