Evening Primrose Oil (EPO) Baik Untuk Wanita

Posted by

Hai semua.. entry yang lepas izan ada bagitahu nak kupas pasal EPO ni (Evening Primrose Oil) Apa dia EPO ni? bagi yang belum tahu EPO tu apa dia.. meh nak bagitahu.. Evening Primrose ni sejenis bunga macam bunga rose.. Evening Primerose Oil adalah minyak yang diekstrak dari biji bunga tu..



Bunga Evening Primrose ini pada asalnya digunakan secara tradisional oleh masyarakat asli Amerika Utara untuk merawat masalah kulit dan pokoknya direbus untuk merawat masalah batuk, sakit tekak, arthritis dan pelbagai lagi.

Oleh itu kajian dijalankan dengan mengekstrak minyak daripada biji bunga Evening Primrose ini dan hasil analisa mendapati minyaknya kaya dengan essential fatty acid (asid lemak perlu) iaitu Linoleik dan asid Gamma Linolenik (GLA).

Evening Primrose Oil kini semakin popular kerana menjadi suplemen pilihan utama wanita kerana kegunaannya yang dapat mengatasi masalah kesihatan termasuklah:

Membantu mengawal atur kitaran haid. 
Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj. 
Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. 
Melegakan ekzema dan alergi kulit. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.


Fungsi kandungan Evening Primrose Oil

Essential Fatty Acis – Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.

Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.

Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

Ok, harap kupasan yang tak seberapa ni dapat memberi gambaran dan kepahaman serba sedikit tentang EPO ni..


Blog, Updated at: Sunday, February 16, 2014

0 comments:

Post a Comment