Keberkatan

Posted by


Salam..
Malam ni nak kongsi suatu perkara yang sering kita lakukan tanpa mengambil kira kesannya kepada kehidupan kita..walaupun ia nya nampak ringan tetapi besar kesannya kepada kehidupan dan keluarga kita..
 
Pernah tak kita menggunakan peralatan pejabat untuk tujuan peribadi seperti mesin potostat, kertas, pen, dan sebagainya?? mengambil pen, pembaris dan membawa pulang ke rumah tanpa menggantikan dengan yang lain?? Jika kita pernah melakukan nya, marilah sama-sama kita bertaubat agar kehidupan kita lebih berkat dan diredhai Allah.. Sebuah kisah ada menyebut Saidina Umar akan memadamkan lampu ketika anaknya berjumpa dengannya untuk berbincang tentang masalah keluarga kerana lampu itu adalah hak rakyat, maka ia memadamkannya agar tidak disoal oleh Allah tentang salah guna amanah. Adakah kita hari ini memikirkan tentang amanah bila mana menggunakan peralatan-peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi yang tiada kaitan dengan bidang kerja. Sama-samalah kita renung-renung kan..
 
Bagi yang sering print kat pejabat tuk tujuan peribadi seperti assignment, artikel dan sebagainya korang beli lah printer ni..tak mahal pun..kalau iPhone boleh beli, tak kan printer yang jauh lebih murah tak boleh beli..fikir-fikir kan lah..
 
 
 
(All-in-ones and ink advantage, harga RM200++ je)
tak mahal pun kan ;)
 
 
 
 
 
 
-Kami Prihatin-
 
 



Blog, Updated at: Wednesday, February 20, 2013

2 comments:

  1. Lagi teruk ada yg fotostat sijil2 kat ofis untuk tujuan mintak kerja kat tempat lain...huhu

    ReplyDelete
  2. iskk3..sampai macam tu sekali..x agak2 n x malu betul..

    ReplyDelete