Short Love

Posted by

Diari Cinta..

Dalam melewati usia sebegini, pelbagai peristiwa telah dilalui. Begitu juga dalam soal cinta. Pelbagai dugaan dan rintangan telah dilalui. Pelbagai kenangan telah dicoret sebagai ingatan dikemudian hari. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Itu lah peribahasa yang sering kita dengar bila cinta tidak memihak kepada kita. Sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini, kita ibarat boneka yang bergerak selari dengan takdir Allah. Semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah dalam menguji kesabaran hamba-hambanya.

Kisah cintaku tidak seindah pelangi..
Pelangi yang indah sekali pun melalui fasa panas dan hujan barulah munculnya pelangi. Apatah lagi kehidupan manusia yang tidak dapat lari dari cobaan dan dugaan.

Dalam reramai insan yang pernah singgah dalam hidup ini, ada seorang insan yang amat ku sayangi. Setiap bait kata-katanya ku coretkan di dalam diari cintaku. Segala janji dan ikhrarnya tersemat kemas dalam simpananku. Memang kerja gila rasanya menulis setiap bait-bait katanya beserta tarikh dan waktu. Tetapi itu lah kenangan ku bersamanya. Walaupun kini ku jarang-jarang membuka dan membacanya, tetapi ku tetap menjaganya. Diari itu mengandungi 53 muka surat dan terkandung segala rahsia, suka dan duka sehingga lah terjadinya perpisahan. Tiada kasih yang dapat menggantikan kasihnya. Walaupun ia sekadar short love tetapi kasihnya tiada pengganti..

Melewati hari-hari yang mendatang, tidak ingin ku bercinta lagi. Walau hati ini terluka lagi dilukai, ku memaafkan segala kesilapan mu. Kita hanya insan lemah yang punya hawa nafsu..

Buat insan yang pernah hadir dalam hidup ku, jangan kau ulangi kesilapan mu..
siapa pun pilihan mu, hargai lah kehadirannya, janganlah kau sakiti sebagaimana kau sakiti hati ku,
jangan kau pinta cinta nya, jika hanya untuk dicampak dihinjak-hinjak, jangan kau bina parut dihatinya yang ikhlas menerima mu. Walaupun ku tersenyum, tiada siapa mengetahui isi hati ku kecuali Allah yang telah mentakdirkan semuanya berlaku begini.

Ku yakin, Allah mengasihi diri ku dengan memberi segala ujian kepada ku.
Kepada Mu aku berserah Ya Allah.



Blog, Updated at: Tuesday, September 18, 2012

0 comments:

Post a Comment