Bersyukur

Posted by

Salam.. 

buat sekian kalinya..merasakan diri ini terlalu kecil dan kerdil..
tetapi tetap merasa bersyukur kerana Allah meleraikan segala yang tersirat,
yang dinanti-nanti jawapannya selama ini..

walaupun jauh di dasar hati terbuku rasa sedih..
tetapi ini lah jawapan dari Allah..
ku terimanya dengan redha dan berserah kepada Nya..

Dua kali peristiwa bergini berlaku dalam hidup ku..
dan dua kali juga lah aku memohon petunjuk dari Yang Maha Pencipta..
Allah memberikan kegembiraan kepada ku dengan mengizikan ku berpuasa penuh Ramadhan tahun ini..
dan sepanjang sebulan itu juga lah tidak putus ku memohon diberikan petunjuk dan jawapan daripada Nya..

begitu juga beberapa tahun yang lalu..
dengan izin Allah, ku dapat berpuasa penuh di bulan Ramadhan tahun itu..
tak terkata kegembiraan yang Allah kurniakan..
walaupun disebalik kegembiraan itu, aku diuji dengan kekecewaan dan kesedihan..
tetapi apalah sangat kesedihan itu dibandingkan dengan kegembiraan yang Allah beri selama ini..

Ya Allah, ketentuan mu adalah yang terbaik buat hamba mu ini..
izinkan aku menangisi seketika kehilangannya kerana aku menyayanginya..
berikan aku kekuatan hati menghadapinya..
dan gantikan lah dengan yang lebih baik daripadanya..
agar hati ini bahagia kembali..



Blog, Updated at: Saturday, September 15, 2012

0 comments:

Post a Comment