Malam Nisfu Sya'ban

Posted by

Nisfu Sya'ban 1433H
(Malam Pengampunan)


Bulan Sya'ban merupakan bulan sebelum kedatangan bulan Ramadhan atau bulan puasa bagi umat Islam seluruh dunia.. Nisfu Sya'ban pada tahun ini jatuh pada 5 Julai 2012 masihi iaitu pada hari Khamis.. Ini bermakna, malam nisfu Sya'ban adalah Rabu malam Khamis..


Post kali ni nak berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan dengan amalan malam nisfu Sya'ban.. Salah satu amalan yang biasa dilakukan pada malam nisfu Sya'ban adalah membaca Yassin 3x.. Sebenarnye, amalan ini tiada sandaran al-Quran dan juga hadis Rasullulah saw..Tetapi tidak salah untuk membaca Yassin di malam nisfu Sya'ban.. Pada malam nisfu Sya'ban juga disarankan menunaikan solat sunat 2 rakaat..


Dari Abu Hurairah r.a: Nabi saw bersabda: "Telah datang kepadaku Jibril pada malam nisfu Sya'ban dan dia berkata: "Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit". Nabi saw berkata: Hai Jibril, apakah erti malam ini? Jibril menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berzina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi."

Bulan Sya'ban:

- Berbahagialah orang yang sujud 
- Berbahagialah orang yang berdoa
- Berbahagialah orang yang berzikir 
- Berbahagialah orang yang menangis takutkan Allah 
- Kemenangan bagi orang yang mengerjakan kebajikan 
- Kemenangan bagi orang yang menyerahkan diri kepada Allah

"Barang siapa yang meminta ampun, akan Ku ampunkan" 
Istimewanya bulan Sya'ban yang Allah kurniakan kepada seluruh umat Islam

Selamat Beramal..


Blog, Updated at: Tuesday, June 26, 2012

0 comments:

Post a Comment